Pasangan Kasari Penguatkuasa MBSA Mengaku Bersalah & Dipenjara 14 Hari
Lor Ka Hoo & Tan Sit Fun | Foto Berita Harian |
SHAH ALAM - Pasangan suami isteri yang mengasari anggota penguatkuasa wanita Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ketika menjalankan tugas di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, semalam dijatuhkan hukuman penjara selama 14 hari, lapor Berita Harian.
Majistret P Sarulatha menjatuhkan hukuman itu selepas pasangan suami isteri itu, Lor Ka Hoo, 35, dan Tan Sit Fun, 30, masing-masing mengaku bersalah mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam menjalankan tugasnya.
Pasangan terbabit juga diperintah membayar denda sebanyak RM3,000 seorang dan jika gagal berbuat demikian, hukuman penjara tambahan selama 7 hari akan dikenakan.
Gambar Tan Sit Fun dalam lokap tersebar di media sosial | Foto - Netizen |
Bagaimanapun Sarulatha membenarkan hukuman itu ditangguhkan sehingga selesai rayuan dan pasangan terbabit dibebaskan dengan jaminan RM2,000 setiap seorang. - The Reporter
Artikel berkaitan:
- (Video) Gagal Pamerkan Kupon Parking, Pasangan Halang Penjawat Awam Jalankan Tugas
- Pasangan Halang Penjawat Awam Jalankan Tugas Ditahan
from Srikandi http://ift.tt/2fuvSZu
via IFTTT