Jangan Guna Selain Minyak Kelapa Sawit Untuk Mengoreng

6:07 PM 0 Comments A+ a-


Banyak syarikat mendakwa, menggunakan minyak yang lebih tinggi dengan polyunsaturated fats (PUFA) atau monounsaturated fats (MUFA) adalah lebih sihat. Contoh minyak tinggi PUFA adalah, minyak jagung dan bunga matahari. Manakala contoh minyak yang tinggi MUFA adalah, minyak zaitun dan rapeseed (canola). 

Namun, minyak jagung dan bunga matahari tidak sesuai digunakan untuk menggoreng kerana ketidakstabilan komposisi kimia yang akan menghasilkan 'aldehydes' daripada minyak itu sendiri. 

Kalau di Malaysia, tidak mustahil ada yang salah faham bahawa menggoreng dengan minyak tinggi PUFA ini lebih sihat berbanding menggunakan minyak masak biasa, padahal tanggapan itu salah sama sekali. 

Kompaun 'aldehydes' difahamkan bersifat 'carcinogenic' iaitu, menyebabkan kanser. Selain itu meningkatkan risiko penyakit jantung sekiranya diambil terlalu banyak. 

Oleh itu, adalah disarankan untuk menggunakan minyak yang bersifat 'saturated fat' (SFA) seperti mentega atau minyak kelapa sawit yang lebih tinggi SFA untuk menggoreng makanan (deep fry, pan fry atau stir fry). 

"Sunflower dan corn oil are fine as long as you don't subject them to heat such as frying or cooking. It's a simple chemical fac that something which is thought to be healthy for us is converted into something that is very unhealthy at standard frying temperatures,"  - Professor Martin Grootveld

Rujukan:
Cadangan:
  • Untuk deep fry: Minyak kelapa sawit
  • Untuk pan fry/sautee: Minyak zaitun, canola, mentega
Walau apa pun, cubalah kurangkan makanan yang bergoreng. Inilah masa yang sesuai untuk berubah di kala minyak masak naik harga. - Diet Graphix


from Srikandi http://ift.tt/2fAeW3K
via IFTTT