Budak 4 Tahun Maut Selepas Diberi 'Smarties' (Dadah) Oleh Ibunya Kerana Menganggu Dia & Teman Lelaki Berasmara
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun maut selepas diberi 'smarties' (dadah) oleh ibunya agar dia dapat berasmara dengan teman lelaki tanpa diganggu, lapor Daily Mail.
Michala Pyke, 37, menghantar mesej kepada rakan pengedar dadahnya, John Rytting, 40, "Dia boleh makan smarties biru ini dan pergi tidur. LOL xxx." katanya.
Mangsa, Poppy Widdison, 4, diberi dadah secara berterusan dalam tempoh enam bulan sebelum ditemui maut pada June 2013 akibat pengambilan dadah yang berbahaya.
Hasil bedah siasat mendapati, mangsa diberi dadah ketamin, heroin dan metadon pada rambut. Selain itu, mangsa juga mengalami masalah fizikal dan emosi daripada ibu dan pasangannya.
Polis juga menemui 1,000 pil dadah terkawal berselerak di dalam kediaman pasangan berkenaan di Grimsby.
Menurut paramedik yang dihubungi oleh John Rytting untuk datang ke kediaman mereka, mangsa ditemui dalam keadaan badannya biru dan tidak bernafas di atas sofa. Mangsa meninggal dunia pada hari berikutnya di Hospital Kanak-Kanak Sheffield apabila mesin sokongan hayatnya dimatikan. Siasatan juga gagal membuktikan punca kematiannya.
Pendakwa Raya, David Gordon memberitahu juri di Mahakamah Hull Crown bahawa defendan tidak didakwa dengan tuduh membunuh kerana kekurangan bukti, malah pakar juga tidak bersetuju mengenai puncanya.
Walau bagaimanapun mereka mempunyai bukti kukuh bahawa mangsa telah diberi dadah agar dia mendiamkan diri. Pasangan berkenaan juga dikatakan terlalu sibuk dengan kehidupan cinta mereka sehingga menganggap mangsa sebagai gangguan.
Seminggu sebelum kematian mangsa, ibunya ada menghantar mesej pada John Rytting, "Saya ada sebotol wain kalau awak nak berkongsi. Balas semula sebelum saya bergerak dalam setengah jam lagi. Dia (Poppy) boleh diberi Smarties biru itu dan pergi tidur LOL! XXX!"
John Rytting hanya sekadar membalas, "U ok." dan Michala Pyke mesej semula, "Sediakan smarties biru yang dia suka tu! Lol XX", yang merujuk kepada dadah berkenaan.
Menurut Gordon, Michala Pyke menganggap anaknya itu sebagai gangguan ketika dia mahu berseronok dengan teman lelakinya.
Menurut jiran tertuduh, Michala Pyke selalu memanggil anaknya "Little Bit*h' dan pernah ternampak kesan lebam di tangan mangsa akibat dipukul oleh Michala Pyke kononnya mahu mendisiplinkan mangsa.
Michala Pyke dan John Rytting kini tidak lagi bersama dan menafikan tuduhan mendera mangsa. Kedua-duanya didakwa berasingan atas pertuduhan mendera dan menyerang mangsa, mengabaikannya sehingga memberi dadah kepada mangsa. Perbicaraan masih berlangsung. - The Reporter
from Srikandi http://ift.tt/2gIcmgF
via IFTTT