Hadiri Upacara Pengebumian Nenek Cina, Johan & Isteri Dikecam Netizen
Niat mahu berkongsi kesedihan dengan memuat naik gambar menghadiri upacara pengebumian nenek cinanya yang beragama Buddha, Johan dan isterinya Ozlynn dikecam teruk oleh netizen di media sosial.
"Kehilangan lagi seorang nenek. Semoga yang terbaik ada bersama mendiang.Thank you team #urusanhaticikdramaqueen bagi saya cuti hari ini. Sampai ngam-ngam, diorang dah nak tutup keranda. Sempat tengok muka nenek untuk kali terakhir,"
Bukan sahaja mempertikaikan kehadiran Johan dan isterinya di upacara itu, malah mendiang neneknya juga dihina melampaui batas.
Bagaimanapun, Johan memuat naik penjelasannya pada hari yang sama.
"Mak buat muka happy walaupun hanya kami saja yang tahu perasaan dia. Mak cakap terima kasih pada semua yang ucap takziah. Tak lupa juga pada yang kecam.
"Mak cakap, beritahu diorang walaupun mak pernah makan babi, mak tak bodoh dan mak juga tak pandai dan until now mak masih belajar agama.
Foto - Instagram Jozlynnhanania |
"Sampai mak cakap, 'Islam bukan agama yang menghukum tetapi Islam itu ada hukumnya'.
"Untuk pengetahuan korang, keluarga cina kami ramai yang ada akaun Instagram dan mereka baca semua komen. Sampai ada yang menangis. Pleaselah jangan buat malu.
"Kami walaupun berlainan agama, hubungan kami sangat rapat. Sampai balik raya cina, babi pun tak ada atas meja sebab respect kami. Jadi, kita yang satu agama ini jangan asyik nak bertelagah dan mencari kesalahan orang lain. Fikir yang baik-baik," jelasnya. - The Reporter
from Srikandi http://ift.tt/2fZ7BvJ
via IFTTT
from Mrs Foreigner http://ift.tt/2gQqHIt
via IFTTT