Nak lamar dia sebagai adik angkat, tapi dia lamar saya jadi suami

6:21 PM 0 Comments A+ a-


'Ececeh cikgu ni.. boleh tahan,' demikian usikan nakal dari rakan-rakan Facebook terhadap seorang guru lelaki yang secara tidak sengaja bertemu jodohnya di sekolah.

Gambar kenangan yang dikongsi oleh Bukhari Ibnu Alrazi, 35, dan isterinya, 25, pada 6 Januari 2015 lalu, kini kembali viral di media sosial. 


Tahun 2009, Cikgu Bukhari menjadi Pengawas SPM kepada bakal isterinya | Foto - Cikgu Bukhari
"Awal perkenalan sewaktu saya menjadi ketua pengawas SPM pada tahun 2009. Habis saja beliau SPM, terus propose dengan menghadiahkan lukisan buruk saya yang tertera nombor telefon. 

Gambar yang dilukis oleh Cikgu Bukhari | Foto - Cikgu Bukhari
"Sebenarnya saya propose dia untuk dijadikan sebagai adik angkat sahaja. Tetapi dia propose saya untuk jadi suami. Sekarang, kami dah ada anak seorang," selorohnya. 

Bukhari Ibnu Alrazi pada ketika itu berusia 27 tahun, mengambil gambar pelajar perempuan berkenaan yang pada ketika itu berusia 17 tahun itu tanpa pengetahuannya. 

Ramai yang memuji tindakan Cikgu Bukhari yang dianggap 'sweet' itu | Foto - Cikgu Bukhari
Susulan perkongsian itu, ramai yang memuji kepandaian Bukhari melukis, malah ada yang sudah memasang niat mahu menjadi Pengawas SPM dan belajar melukis. - The Reporter


from Srikandi http://ift.tt/2i5p5tH
via IFTTT

from Mrs Foreigner http://ift.tt/2joYjyr
via IFTTT