Tak beli TV tapi dapat ganti rugi RM1,835

6:34 PM 0 Comments A+ a-


UNITED KINGDOM - Sebuah kedai mengalami kerugian 330 pound (RM1,835) setelah ditipu seorang lelaki yang menyamar sebagai pelanggan mereka, lapor Daily Mail. 

Dalam kejadian 2 Januari lalu, lelaki berusia lewat 40-an itu telah mengambil satu kotak Smart TV saiz 49 inci dan membawanya ke kaunter pembayaran, lalu meminta pengembalian wang. 

Apabila juruwang meminta resit pembelian sebagai bukti pembelian, lelaki itu bertemu dengan pengurus kedai berkenaan. Setelah berbual seketika, mereka kemudian berjabat tangan sebelum lelaki itu kembali kepada juruwang terbabit. 

Melihat adegan itu, juruwang menyangka pengurusnya membenarkan lelaki itu menuntut pengembalian wang tanpa memerlukan resit pembelian, lalu menyerahkan wang sebanyak 329.99 pound kepada lelaki itu sebelum keluar dari kedai. 

Namun tidak lama kemudian, juruwang berkenaan sedar yang dia telah ditipu, lalu melaporkan kejadian itu kepada pihak polis. 

Polis telah mendapatkan gambar suspek dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) premis tersebut dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek, tampil membantu siasatan. - The Reporter


from Viral Semasa http://ift.tt/2jGIAHt
via IFTTT

from Mrs Foreigner http://ift.tt/2kcbVfW
via IFTTT