'Bas ini tak salah, kereta Honda Civic itu yang tak betul' - Penumpang

11:39 PM 0 Comments A+ a-


PUTRAJAYA - "Apa motif dia?" demikian persoalan dari netizen yang hairan dengan tindakan seorang pemandu kereta Honda Civic yang dilihat sengaja menghalang sebuah bas yang membawa penumpang untuk memotong. 

Video yang dimuat naik oleh Jega Jack pada 26 Januari lalu, viral di media sosial telah dikongsi 5,237 kali oleh pengguna Facebook. 


Posted by Jega Jack on Thursday, 26 January 2017

Dalam video tersebut, pemandu bas cuba memotong di lorong kiri namun dihalang oleh pemandu berkenaan yang memandu secara perlahan di depan bas tersebut. Pemandu cuba juga cuba memberikan isyarat lampu tinggi agar pemandu Honda Civic tersebut memberikan laluan, namun tidak diendahkan. 

Ekoran itu, seorang lelaki dipercayai pembantu pemandu bas tersebut merakam kenyataan dua orang penumpang sebagai saksi kejadian. 

Menurut dua penumpang berkenaan, pemandu bas tidak melakukan apa-apa kesalahan. Namun pemandu Honda Civic itu sengaja menghalang bas mereka. 


Posted by Jega Jack on Thursday, 26 January 2017

Sementara itu di media sosial, netizen berpendapat pemandu Honda Civic itu mahu bas tersebut melanggar keretanya agar dia dapat membuat tuntutan insurans. 

Salah seorang netizen yang mengakui berada di lebuhraya berkenaan juga mengakui ternampak insiden itu. 

"Saya nampak kereta ini pada malam kejadian, memang ada sesuatu yang tak kena menyebabkan lebuhraya sedikit sesak. Beberapa kali bas ini terpaksa membuat brek kecemasan dan beberapa banyak kereta yang nyaris merempuh belakangnya. 

Justeru, netizen berharap pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pemandu Honda Civic berkenaan yang dilihat sengaja mencari masalah dan memandu secara berbahaya. - The Reporter


from Viral Semasa http://ift.tt/2kcAOrR
via IFTTT