JADUAL HARIAN MUKMIN DI BULAN RAMADHAN

2:32 PM 0 Comments A+ a-

4.30 PAGI
📌 Bangun tidur dan baca doa.
📌 Berniat untuk melakukan sebanyak mungkin kebaikan pada hari ini.
📌 Mandi dan membersihkan diri.
📌 Mengambil wudhu' dan memakai pakaian yang suci dan wangian.



4.45 PAGI
📌 Solat sunat Taubat 2 rakaat.
-Angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa lalu.
📌 Solat sunat Tahajjud 2/4… rakaat.
-Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.
📌 Solat sunat Hajat 2 rakaat.
-Ketika sujud terakhir sertakan di dalam hati segala hajat ‘DUNIAWI & UKHRAWI.
📌 Solat sunat Witir 3, 5, 7, 9 ATAU 11 rakaat.
📌 Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita dan menerima amalan kita.
📌 Baca dan tadabburlah al- Quran.
📌 Berzikir.

5.15 PAGI
📌 Makan sahur
📌 Bersiwak atau mengosok gigi dan membersihkan mulut.

5.30 PAGI
📌 Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat/berzikir.
📌 Solat sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah dan berwirid atau membaca ma’thurat.
📌 Baca dan tadabburlah al-Quran.

10.00 PAGI
📌 Sembahyang sunat Dhuha 2/4/6/8 rakaat.
📌 Bersedekah harta/tenaga.
📌 Baca dan tadabburlah al-Quran walaupun beberapa ayat sahaja.

1.00 tengahari
📌 Bersiap untuk solat Zohor.
📌 Menunggu waktu sembahyang dengan berselawat/berzikir
📌 Solat Zohor berjemaah.
📌 Laksanakan juga solat sunat Rawatib.
📌 Baca dan tadabburlah al-Quran.

4.20 PETANG
📌 Bersedia untuk solat Asar.
📌 Laksanakan solat sunat Qabliyah.
📌 Solat Asar berjemaah.
📌 Berwirid atau membaca ma’thurat.
📌 Baca dan tadabburlah al-Quran.

6.00 PETANG
📌 Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur tanpa berlebih-lebih serta tidak membazir dan boros.
📌 Ingatlah walaupun Syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dalam diri kita!

7.00 PETANG
📌 Siap sedia anak isteri untuk berbuka puasa.
📌 Memperbanyakkan doa sebelum berbuka kerana di waktu itu adalah saat dimustajabkan doa.
📌 Berbuka puasa dengan makanan yang manis seperti buah kurma dan jangan makan terlalu banyak. Solat maghrib berjemaah.

8.15 MALAM
📌 Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Tarawih
📌 Bacalah Al-Quran dengan penuh tadabburتدبر , seeloknya baca dengan bertadaarus (seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatam-kan Al-Quran.

10.30 MALAM
📌 Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.
📌 “Berniatlah untuk puasa esok hari .
📌 Tidur awal agar dapat bangun awal untuk beribadah.
📌 Bacalah doa tidur.
📌 Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.

SEMOGA KITA SEMUA DAPAT MENJALANI IBADAH PUASA TAHUN LEBIH BAIK DARI TAHUN-TAHUN YANG LALU.

Semoga kita mendapat apa yang dijanjikan oleh ALlah sekiranya berpuasa dengan sempurna iaitu KEAMPUNAN DOSA dan BEBAS DARI NERAKA.😭😭😭

via Bin Usrah

from Viral Semasa http://ift.tt/2qpWqFm
via IFTTT

from Mrs Foreigner http://ift.tt/2s4qUdt
via IFTTT