Hukum Sebenar Pakai Telekung Berwarna Ketika Solat

4:44 PM 0 Comments A+ a-


Soalan: Apakah hukum memakai telekung berwarna ketika solat?

Ina, Terengganu.


Jawapan UKE: Syarat sah solat ialah menutup aurat. Selagi mana pakaian itu menutup aurat maka sahlah solat itu. Maka hendaklah dipenuhi kriteria yang dikatakan menutup aurat sebab ada yang menutup aurat tetapi tidak kena, sebab ketat atau jarang dan sebagainya.

Masyarakat wanita Islam di Malaysia mengamalkan pemakaian telekung ketika solat dan ini sangat bagus sebab longgarnya, sempurna tutupan auratnya dan memelihara daripada penonjolan bentuk tubuh badan apatah lagi dengan warna putih sebagai lambang bersih dan supaya menjaga mata dan hati agar khusyuk ketika solat.
>
Apabila semua berwarna putih maka diamlah hati daripada berkata-kata tentang telekung orang lain sebab semua telekung adalah sama warnanya.

Itulah hikmah telekung berwarna putih. Namun trend sekarang lebih kepada bercorak warna-warni dan sebagainya.

Hukumnya tetap sah jika terpelihara auratnya tetapi bab warna itu, pastikan telekung yang kita pakai adalah sederhana corak dan warnanya supaya mendatangkan khusyuk kepada semua jemaah dan tidak menimbulkan ujub kepada si pemakai. Itulah yang sebaik-baiknya.

Sumber: Utusan

via Bin Usrah

from Viral Semasa http://ift.tt/2rhccBA
via IFTTT

from Mrs Foreigner http://ift.tt/2rh8Dvk
via IFTTT