(Video & Gambar) Baru Kerja 2 Hari Dah Rembat 4 Buah iPhone 7
Lelaki berusia 24 tahun yang menetap di Pandan Indah itu baru saja memulakan hari pertamanya di Epi Centre sebagai pekerja sepenuh masa dengan gaji RM1,400 termasuk elaun.
Video dan gambar yang baru dimuat naik Faris Fared empat jam yang lalu, kini viral dan trending di media sosial.
Menurut Faris, lelaki bernama Nazbukhari itu baru saja bekerja di premis itu selama dua hari, namun telah mengambil empat buah iPhone 7 di dalam stor pagi tadi, sebelum keluar menghilangkan diri mengikut pintu belakang.
Ekoran kejadian itu, satu laporan polis telah dibuat terhadap Nazbukhari untuk tindakan pihak polis.
"Ada seorang rakannya menghubungi saya dan menawarkan bantuan yang dia boleh membantu mencari Nazbukhari. Sekarang, dia boleh datang dan serahkan kembali semua iPhone 7 itu dan mungkin kes ini boleh diselesaikan dengan cara baik memandangkan ibunya ada penyakit kanser," katanya.
Bagaimanapun, Faris tidak dapat memberi jaminan akan tindakan pihak syarikatnya sama ada mahu membuat pendakwaan sekiranya lelaki itu memulangkan kesemua iPhone 7 yang dicuri.
Justeru, Faris berharap agar lelaki itu mengembalikan barangan tersebut atau mereka terpaksa membayar ganti rugi sebanyak RM14,786. - The Reporter
from Srikandi http://ift.tt/2fV6tvg
via IFTTT