Salahkah menjadi anak seorang nelayan?

5:26 PM 0 Comments A+ a-


Aduhai.. apalah salah wanita ini dihina hanya kerana dia berasal dari kampung dan bapa dia bekerja sebagai nelayan? Dia dituduh sombong secara melulu oleh kenalannya hanya kerana mendengar dari mulut orang lain.

Apa pun status atau pekerjaan bapa orang, janganlah dihina sedemikian rupa. Jangan terlalu bongkak dengan apa yang dimiliki. Bimbang suatu masa kelak, kata-kata yang dilemparkan terhadap wanita ini akan berbalik semula kepada diri sendiri.

Oleh Farziara Lee

Ara bangga dengan kerja ayah Ara, walau bagi hampa kerja tu 'low class' , dia ayah yang membesarkan Ara tanpa kurang sedikit pun. Setiap apa yang anak-anak dia nak, tak pernah dia kata "ayah takdak duit". Walau lambat, dia tetap akan usaha untuk semua benda, untuk semua keperluan anak-anak.

Ya, Ara bukan anak orang senang tapi Ara tak pernah hirau melihat kesenangan orang lain. Allah itu Maha Adil, itu rezeki hampa dapat hidup serba mewah rumah besar, duit tak pernah habis, makan mewah-mewah, shopping yang mewah-mewah. Ara selesa, CUKUP SELESA dengan apa yang ada sekarang.

ALHAMDULILAH...

Tak perlu kutuk NELAYAN, tak perlu KUTUK pekerjaan HALAL ayah Ara. Apa salah DIA? Apa salah menjadi seorang anak NELAYAN? Alhamdulilah, nelayan yang awk anggap 'low class' itu besarkan Ara sampai ke tahap ini. Bersyukur sangat tak pernah lagi hidup tak ada makan. Allah itu Maha Adil. Ingat , harini mungkin hidup awk terlalu mewah, satu hari Allah tarik nikmat kesenangan awk, menyesal tak sudah.

Ara minta maaf kalau selama ini Ara berlagak macam 'anak orang kaya', padahal ayah kerja NELAYAN saja. Jangan risau awak, Ara selalu ingat siapa Ara, asal usul Ara. Sentiasa bersyukur dengan rezeki dari Allah swt.





AYAH, terima kasih di atas jasa mu dalam membesarkan anak-anakmu dan menyara keluarga kita. Terima kasih sanggup menjadi 'NELAYAN' yang mungkin hina di mata orang lain tapi cukup membanggakan di mata 'adik' dan terima kasih sanggup meredah lautan luas setiap hari tanpa hirau hujan ribut, panas terik untuk mencari sesuap nasi buat kita sekeluarga. Tanpa ayah, kami tak dapat rasa kehidupan serba selesa macam sekarang.


Posted by Farziara Lee on Tuesday, 27 December 2016
TERIMA KASIH.. .JASAMU AKAN KU KENANG SEHINGGA AKHIR HAYAT

Doakan Ara murah rezeki, boleh tolong ayah Ara. - Farziara Lee


from Srikandi http://ift.tt/2ifB8TN
via IFTTT

from Mrs Foreigner http://ift.tt/2ij89kp
via IFTTT