Baru jejak kaki ke London dah sombong & tak nak tegur orang sendiri
Dua hari ini memborong barang-barang di sini. Tetapi tiap kali masuk kedai-kedai branded ini, mesti ada saja terjumpa Melayu. Lebih 70% Melayu yang aku jumpa, mesti sombong dan berlagak serta pandang kami atas bawah.
Yelah, kami pakai selekeh. Aku pakai seluar tracksuit saja masuk kedai-kedai ini. Seluar angkat paras lutut, rambut dreadlock dengan backpack lusuh aku. Tetapi aku masuk kedai itu bukan ambil aircond bang, aku beli barang.
Paling kecewa bila aku masuk kedai hackket di Piccadilly. Ada satu group Melayu di pintu masuk tengah berkumpul menunggu orang. Sebab aku nak masuk, aku tegurlah group ini, siap sengih lebar. Tetapi semua pandang aku atas bawah, kemudian buat bodoh macam tak dengar.
"Aku baru nak beritahu kau, jangan tegur. Tadi aku tegur, depa buat aku macam tunggul," kata member aku.
Sedih aku. Aku bagi salam saja pun, tak nak jawab senyum pun okey.
Selepas itu dalam kedai, ada seorang daripada group itu terlanggar member aku seorang lagi. Agak kuat tetapi buat muka bangang saja. Member aku sound, "Langgar camtu je ke?". Depa blah without says sorry. WTF?
Pleaselah Melayu-Melayu b*d*h di London ini, sampai bila hidung kau nak tinggi dari dahi? Dulu aku pernah pergi London dengan geng-geng menteri. Melayu-Melayu b*d*h ini yang terhegeh-hegeh salam cium tangan, tersengih-sengih macam orang b*d*h.
Aku tahu orang-orang macam kami ini nampak selekeh, nampak tak ada duit. Tetapi kami mai sini bukan pakai duit orang. Kami masuk butik itu bukan ambil heater panaskan badan, Bukan kami minta you all bayar makan kami.
Kami ini duduk di tempat yang tak jumpa ramai Melayu. Bila jumpa Melayu, kami excited sikit. Itu kami tegur, boleh sembang Melayu. Mana tahu korang sesat, mungkin kami boleh tunjukkan jalan. Mana tahu korang tak jumpa kedai, kami boleh tunjukkan. Simple saja life ini. Respect and treat people macam mana kita nak orang treat kita. Entahlah, wake up guys. Disember dah nak habis.
Emo pula aku dengan perangai Melayu b*d*h macam ini. Aku mention Melayu sebab aku Melayu. Kulit sama warna, hidung sama penyek, rambut sama hitam. - Mazlan Zonan
from Srikandi http://ift.tt/2ifS66J
via IFTTT