Tak Tahan Bau Kaki Isteri, Suami Nekad Mahu Bercerai
ZHENGZHOU, CHINA - Seorang lelaki nekad menceraikan isterinya kerana kaki wanita itu terlalu berbau, lapor Daily Mail.
Dalam temubualnya bersama stesen televisyen tempatan, Su berkata, dia sudah puas meminta isterinya membasuh kaki dengan kerap, namun usahanya itu menjadi sia-sia.
Su berkata, kaki isterinya terlalu berbau sehingga boleh membuatkan satu bas yang penuh dengan penumpang berebut-rebut keluar dari bas. Meskipun sudah banyak kali menasihatkan isterinya, wanita itu enggan berubah. Malah wanita itu memberitahu Su bahawa dia rela bau busuk kakinya itu membuatkan Su mati lemas.
Difahamkan, pasangan itu telah berkahwin selama tujuh tahun.
"Isteri saya benar-benar selekeh orangnya. Dia baling pakaiannya merata-rata. Pakaian kotor pun dia boleh kumpul selama seminggu atau 10 hari," katanya.
Dalam temubual itu, Su juga mengambil sarung kaki yang kotor milik isterinya yang diletakkan di bawah bantal untuk ditunjukkan pada wartawan. Bagaimanapun, masalah kebersihan bukanlah masalah utama dalam perkahwinan mereka berbanding bau kaki isterinya yang terlalu kuat.
"Setiap hari bila saya pulang ke rumah, bau kakinya yang busuk itu memang kuat. Pernah saya katakan, saya takkan masuk ke dalam rumah jika dia tidak membasuh kakinya.
"Encik pasti nak ceraikan isteri encik?" tanya wartawan.
"Saya mesti ceraikan dia," tegas Su.
Tidak lama kemudian, pasangan itu dilihat bertemu di luar sebuah pusat beli belah.
"Saya dan suami baik-baik sahaja, tiada apa yang serius berlaku, hanya salahfaham kecil sahaja. sambil cuba menarik suaminya berlalu pergi dari wartawan berkenaan," tegas wanita berkenaan apabila ternampak wartawan yang menghampiri mereka.
"Tetapi dia kata tidak gembira dengan gaya hidup dan tabiat awak malas mencuci kaki, betul ke?" soal wartawan itu.
Berdasarkan reaksi wanita itu, jelas sekali dia tidak mahu bercerai dengan suaminya. Dia juga enggan berbicara mengenai tabiat malasnya mencuci kaki yang berbau itu.
Tidak beberapa lama kemudian, wanita itu akhirnya membuka mulut apabila dia bersetuju untuk bercerai sebelum meninggalkan suaminya itu. Malah dia juga enggan menjawab panggilan telefon dari suaminya.
Video temubual itu kemudian dimuat naik di laman QQ.com pada 30 November lalu dan telah ditonton 30 juta kali mencetuskan pelbagai reaksi netizen.
"Seorang isteri tidak perlu menjadi cantik, tetapi siapa yang tahan hidup dengan isteri yang selekeh?" soal netizen pertama.
"Bagaimana dia boleh survive dalam tempoh tujuh tahun perkahwinan mereka?" soal netizen kedua. - The Reporter
from Srikandi http://ift.tt/2fRqbFc
via IFTTT
from Mrs Foreigner http://ift.tt/2gMofSI
via IFTTT