'Kak, Boleh Tolong Bank In RM380?' - Wanita Nyaris Ditipu Individu Menyamar Sebagai Adik Ipar Di Facebook

12:02 AM 0 Comments A+ a-


KUALA TERENGGANU - Seorang peniaga online nyaris terperdaya dengan taktik seorang penipu yang cuba mendapatkan RM380 darinya. 

Bagaimanapun, Rina Hassan, terselamat dari menjadi mangsa individu terbabit kerana mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan mesej dari 'adik iparnya' itu. 

Menurut Rina, individu berkenaan sanggup membuat akaun Facebook palsu menggunakan gambar adik iparnya sebelum menghubunginya melalui aplikasi FB Messenger meminta tolong membuat pembayaran pada akaun sebuah syarikat jualan online.  

"Dia beri alasan dah malam, dia tidak dapat keluar pergi bank selain berjanji akan membayar saya semula pada keesokkan harinya. Namun saya rasa tak sedap hati dan curiga membaca gaya/lenggok mesej 'adik ipar' itu. Nampak lain dan skema sangat sampai saya baca berulang-ulang kali. 

"Disebabkan syak wasangka yang melampau, saya cuba bertanya pada adik ipar saya melalui WhatsApp dan menghubunginya, namun tidak dijawab, mungkin tengah sibuk. Tidak lama selepas itu, adik ipar menghubungi saya semula lalu saya menceritakan apa yang berlaku. 

"Dia terkejut dan memberitahu bahawa dia tidak pernah menyuruh saya membuat sebarang pembayaran pada mana-mana pihak. Sudah saya duga," katanya. 







Rina berpendapat, individu yang menyamar sebagai adik iparnya itu telah memerhatikan segala status yang dimuat naiknya di laman Facebook, termasuk siapa yang meninggalkan komen di status itu. Dari situ, individu terbabit memulakan agendanya untuk memperdayakan mangsa melalui Messenger atau WhatsApp. 

"Bagi kes saya ini, 'Along' yang dimaksudkan adalah anak sauadara saya (anak kepada adik ipar) darjah tiga. Takkan ibu dia semudah itu nak melepaskan anak dia pergi bank in duit? Mungkin si penipu itu menyangka 'Along' ini adalah orang dewasa.

"Tetapi Alhamdulillah, Allah menggerakkan hati saya untuk menghubungi adik ipar sebelum bertindak. Kalau tidak, dengan semudah itu saja individu yang tidak bertanggungjawab itu mendapat duit saya.

"Senang betul cara mereka mencari duit. Aman ke hidup makan duit haram seperti itu? Siap ucap 'Alhamdulillah' lagi. Dasar penunggang agama betul," katanya. 

Justeru, Rina menasihatkan agar orang ramai berhati-hati dan berwaspada dengan individu terbabit dan peka dengan nombor akaun serta nama yang didaftarkan pada nombor akaun bank tersebut bagi mengelakkan kejadian seumpamanya berlaku. - The Reporter


from Srikandi http://ift.tt/2gINYvu
via IFTTT