Isteri didera & dikurung 3 hari kerana buka akaun Facebook
KAHERAH - Seorang wanita didera dan dikurung oleh suaminya setelah lelaki itu mendapati isterinya membuka akaun Facebook.
Difahamkan, lelaki itu sebelum ini tidak membenarkan isterinya memiliki akaun media sosial itu.
Polis berkata,Mustafa Raafat telah mendera isterinya, Asma Samir dengan mengikat mangsa dengan tali sebelum dikurung di rumah mereka selama tiga hari tanpa memberi mangsa makan dan minum.
Selain itu, Mustafa juga menyeksa isterinya menggunakan benda tajam.
Menurut keterangan Mustafa kepada pihak polis, isterinya telah membuka tiga akaun Facebook dengan menggunakan nama palsu kerana ingin mengetahui sama ada dia bersikap curang terhadapnya.
Mustafa juga turut mengaku telah memukul isterinya tetapi menafikan dakwaan kononnya dia tidak memberinya makan.
Sehubungan dengan itu, pertubuhan hak asasi wanita Mesir menggesa Mustafa didakwa di mahkamah selepas laporan perubatan mengesahkan isteirnya cedera teruk akibat didera.
Sementara itu, beberapa peguam pula menyatakan kesediaan mereka untuk mewakili mangsa secara percuma. Di media sosial, netizen mengecam tindakan Mustafa dan menggesa pihak berkuasa menyumbatnya ke dalam penjara. - The Reporter
Sumber: Alarabiya, Harian Metro
from Viral Semasa http://ift.tt/2ojcrZl
via IFTTT