Jangan Memandang Rendah Kepada Ucapan In Shaa Allah. Baca Dan Ambil Iktibar Kisah Ini..
Dalam Khutbah Jumaat di sebuah kota kecil, seorang khotib berbicara tentang pentingnya mengatakan "In Shaa Allah" (yang bererti Bila Allah Menghendaki) ketika merancang untuk melakukan sesuatu di masa depan.
Setelah beberapa hari, seorang lelaki yang juga menghadiri Khutbah tersebut akan membeli seekor lembu dari pasar. Dalam perjalanan, ia bertemu dengan seorang teman yang kemudian bertanya kemana dia mahu pergi. Dia bercerita bahawa dia akan membeli lembu tetapi tidak mengatakan Insya Allah.
Temannya mengingatkannya tentang Khutbah dan menyuruhnya mengatakan In Shaa Allah. Namun, lelaki ini mengatakan bahawa dia memiliki wang yang cukup dan tenaga untuk pergi ke pasar, dengan demikian, tidak ada gunanya mengatakan In Shaa Allah kerana ia pasti akan membeli lembu. Dia berfikir bahawa mengatakan In Shaa Allah atau tidak maka tidak akan ada bezanya.
Ketika sampai pasar, dia menemui lembu yang memenuhi harapan nya. Diapun melakukan tawar-menawar dengan penjual dan sampailah kesepakatan pada harga yang wajar. Akhirnya, dia memutuskan untuk membayar lembu tersebut. Tapi tercenganglah dia ketika menyedari bahawa semua wangnya hilang. Seorang penyeluk saku telah mencuri wang ketika dia sedang berjalan melalui pasar yang sibuk.
Penjual lembu bertanya kepadanya apakah dia akan membeli lembu atau tidak. "In Shaa Allah, saya akan membelinya minggu depan," katanya.
Ketika sampai di rumah, isterinya bertanya tentang lembu yang ingin dibelinya. Dan dia bercerita tentang bagaimana dia lupa mengatakan In Shaa Allah,dan juga menambahkan, "In Shaa Allah, saya ingin membeli sapi. Tapi In Shaa Allah, wang saya dicuri. In Shaa Allah, saya akan membelinya minggu depan."
Sambil mendengar suaminya bercerita, isterinya selalu menekankan kepadanya bahawa kita harus mengatakan In Shaa Allah untuk hal-hal yang belum terjadi, bukan untuk hal-hal yang sudah terjadi.
Kejadian ini diceritakan oleh Shaikh Wahidullah dari Toronto, Kanada.
via Bin Usrah
sumber : www.gengviral.com
from Viral Semasa http://ift.tt/2luzsX9
via IFTTT
from Mrs Foreigner http://ift.tt/2mp0qn5
via IFTTT