Wak doyok akui sudah berpisah dengan kekasih
Enggan berkongsi lanjut mengenai punca perpisahan hubungan cinta mereka, Wak Doyok hanya ringkas mengakui bahawa dirinya sudah berpisah dengan kekasih, Azrinaz Mazhar Hakim. Menurutnya lagi, pengakuan ini juga bertujuan untuk menjaga nama kedua belah pihak supaya tiada perkara berbangkit, selain untuk mengelak sebarang spekulasi yang mungkin timbul.
BACA: Wak Doyok & Azrinaz Mazhar Hakim Bertunang?
Ya, kami sudah putus cinta baru-baru ini. Saya berasa status yang dimuat naik di laman Twitter sudah jelas menunjukkan situasi yang saya sedang lalui kini. Butiran lanjut mengenai perkara itu tidak perlu saya perjelaskan lagi. Cuma apa yang ingin dijelaskan, kami hanya putus cinta kerana sebelum ini kami tidak pernah bertunang seperti yang tersebar sebelum ini
Jadi saya menganggap tiada jodoh antara kami. Sesiapa pun tidak mahu perkara sebegini berlaku, tetapi saya akur dengan ketentuan Allah. Apa yang saya harapkan daripada semua orang agar berhenti membuat sebarang spekulasi. Biarlah apa yang berlaku hanya kami saja yang mengetahuinya, katanya kepada Harian Metro mengenai status hubungan mereka.
Sementara itu, Azrinaz dilihat tidak mengaktifkan akaun Instagram beliau secara tiba-tiba sehingga menimbulkan persoalan orang ramai. Tidak lama selepas itu, Wak Doyok pula memuat naik status di laman Twitter menjelaskan hubungan cinta diantara mereka yang kini sudah berakhir, sekaligus menjawab segala teka-teki orang ramai mengenai status hubungan cinta mereka.
Bukan itu sahaja malah Instagram milik Wak Doyok juga tidak lagi kelihatan gambar mesra mereka berdua, seakan beliau sudah memadam semua gambar mereka bersama di laman sosial. Terdahulu pasangan ini dikatakan telah mengikat tali pertunangan pada Aidilfitri lalu namun masing-masing tidak mengesahkan perkara itu sehingga berita perpisahan mereka. (rkty/w)
SUMBER
Harian Metro
Sumber: Rotikaya
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
from Cerita sensasi tatapan umum http://ift.tt/2dGdaD8
via IFTTT