Isu Geng Baju Merah Bertindak Samsing KJ Akhirnya Buka Mulut
PETALING JAYA, 9 Okt Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyelar tindakan segelintir anggota Gerakan Baju Merah yang dilaporkan menyerang seorang peserta konvoi motosikal Bersih 5 di Sabak Bernam, Selangor semalam.
Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan menyifatkan tindakan berkenaan adalah tidak bertanggungjawab dan tidak sepatutnya berlaku dalam negara ini yang mengamalkan demokrasi.
Peserta #konvoibersih5 yang ingin pulang dikasari segerombolan UMNO.Dibaling telur & botol, ditolak, ditendang dan dirosakkan motosikalnya. http://pic.twitter.com/hS1bUtQIeA
BERSIH 2.0 (@bersih2) October 8, 2016
(Insiden) ini kita tidak boleh terima. Sesiapa sahaja yang terlibat, tindakan ganas perlu kita kecam dan saya harap polis mengambil tindakan yang sewajarnya kepada mereka yang terlibat, katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas hadir pada perlawanan akhir Cabaran Badminton Asics di sini, hari ini.
Seorang pemuda bermotosikal berkuasa tinggi yang memakai baju Bersih 5.0, dilaporkan telah diserang oleh segelintir penyokong anggota Gerakan Baju Merah ketika melalui satu kawasan di Sabak Bernam yang menjadi viral di laman sosial. Bernama
SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Sumber: citeheboh
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
from Cerita sensasi tatapan umum http://ift.tt/2dqPXj6
via IFTTT