WAJIBKAH MANDI HARI JUMAAT WAJIB ATAU SUNAT INI JAWAPANYA
Hukum Mandi Pada Hari Jumaat
Dalil
:
Abu Said al-Khudri Radiallahu anhu berkata, Rasulullah Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam bersabda: Mandi pada hari Jumaat wajib untuk setiap orang yang sudah baligh.
[Sahih Muslim, Kitab Jumaat, Bab Wajibnya Mandi Pada Hari Jumaat Untuk Setiap Orang Yang Sudah Baligh, hadis no: 1403]
: :
Samurah bin Jundub radiallahu anhu berkata: Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda: Sesiapa yang berwudhu pada hari Jumaat, maka dengan wudhu itu dia mendapat nikmat, dan sesiapa yang mandi, maka mandi itu lebih utama.
[Sunan at-Tirmizi, Kitab Jumaat, Bab Wudhu di hari Jumaat, hadis no: 457, hasan]
Huraian:
Shaikh Salih al-Fauzan berkata:
Hadis Abu Said radiallahu anhu merupakan dalil bagi ulama yang berpendapat wajibnya mandi pada hari Jumaat. Yang berpendapat begini adalah sekelompok daripada para sahabat radiallahu anhum ajmain seperti Umar, Abu Hurairah, Abu Said, Ammar dan selain mereka. Pendapat ini juga diriwayatkan oleh Ibn al-Munzir, dan ia juga merupakan pendapat ulama Zahiri, diriwayatkan daripada Imam Malik, al-Khattabi, dan riwayat daripada Imam Ahmad bagi sesiapa yang menghadiri solat Jumaat.
Antara dalil-dalil lain yang menjadi hujahpendapat mewajibkanmandi pada hari Jumaat ialah:
: :
Abdullah bin Umar radiallahu anhuma berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda: Apabila salah seorang daripada kamu mahu pergi mendirikan solat Jumaat, hendaklah dia mandi.
[Sahih Muslim, Kitab Jumaat, hadis no: 1399]
: : : :
Tawus berkata kepada Ibn Abbas radiallahu anhuma: Orang ramai berkata bahawa nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda: Mandilah pada hari Jumaat, basuhlah kepala-kepala kalian walaupun kalian bukan dalam keadaan junub, dan pakailah minyak wangi. Ibn Abbas radiallahu anhuma menjawab: Tentang mandi, ya benar, adapun tentang wangian aku tidak tahu.
[Sahih al-Bukhari, Kitab Jumaat, Bab Meminyakkan Rambut, hadis no: 840]
: .
Abu Hurairah radiallahu anhu meriwayatkan Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda: Hak Allah ke atas setiap Muslim ialah seseorang itu perlu mandi pada setiap tujuh hari, dia membasuh kepalan dan tubuhnya.
[Sahih Muslim, Kitab Jumaat, Bab Memakai Minyak Wangi dan Menggosok Gigi Pada Hari Jumaat, hadis no: 1408]
: :
Abdullah bin Umar radiallahu anhuma menceritakan bahawa ketika Umar radiallahu anhu sedang berkhutbah kepada manusia pada hari Jumaat, seorang daripada sahabat Rasulullah sallallahu alaihi wasallam masuk, lalu Umar bertanya kepadanya: Sekarang waktu apa? Lelaki itu menjawab: Sesungguhnya aku sibuk pada hari ini, dan aku tidak sempat pulang kepada keluarga ku sehinggalah aku mendengar seruan azan. Lalu aku tidak melakukan apa-apa melainkan sekadar berwudhu sahaja. Umar berkata: Wudhu sahaja! Sesungguhnya engkau tahu bahawa Rasulullah sallallahu alaihi wasallam menyuruh untuk mandi.
[Sahih Muslim, Kitab Jumaat, hadis no: 1401]
Dalil menunjukkan sunat, bukan wajib
Hadis Samurah bin Jundub radiallahu anhu yang disebutkan di atas menjadi dalil bahawa mandi pada hari Jumaat adalah sunat, dan bukannya wajib.
Shaikh Salih al-Fauzan berkata:
: . : .
Hadis Samurah radiallahu anhu merupakan dalil kepada ulama yang berpendapat mandi pada hari Jumaat adalah sunat, dan bukannya wajib. Ini merupakan pendapat majoriti ulama salaf dan khalaf. Ini merupakan pendapat kedua dalam bab hukum mandi pada hari Jumaat. Ini kerana dalil itu menunjukkan bergabungnya mandi dan wudhu dalam bab hukum keutamaan, dan tidak menunjukkan kewajipan mandi.
: :
Aisyah radiallahu anha berkata: Orang ramai datang pada hari Jumaat dari rumah-rumah mereka di perkampungan Al-Awaliy. Mereka datang melalui kawasan yang berdebu sehingga tubuh mereka berdebu dan berpeluh. Salah seorang daripada mereka datang berjumpa Nabi sallallahu alaihi wasallam ketika baginda berada bersama ku. Nabi sallallahu alaihi wasallam pun bersabda: Seandainya kalian bersuci untuk hari ini.
[Sahih al-Bukhari, Kitab Jumaat, Bab Siapa Yang Wajib Hadir Jumaat, hadis no: 1404]
: :
Abu Hurairah radiallahu anhu berkata: Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda: Sesiapa yang berwudhu dan membaguskan wudhunya, kemudian menghadiri solat Jumaat lalu mendengar khutbah, diampunkan untuknya dosa-dosa di antara dua Jumaat dan ditambah lagi tiga hari. Sesiapa yang bermain-main dengan batu kerikil (ketika khutbah Jumaat) sesungguhnya sia-sia (solat Jumaatnya).
[Sahih Muslim, Kitab Jumaat, Bab Kelebihan Sesiapa Yang Mendengar dan Diam Ketika Khutbah, hadis no: 1425]
Hadis Aisyah menunjukkan bahawa ia hanyalah sunat dan bukannya wajib, manakala hadis Abu Hurairah menunjukkan bahawa wudhu sahaja sudah cukup. Shaikh Salih Fauzan al-Fauzan memilih pendapat pertama yang menyatakan wajibnya mandi solat Jumaat.
Terdapat pula pendapat ketiga yang disandarkan kepada Al-Imam Ibn Al-Qayyim rahimahullah dan beberapa ulama yang lain.Iaitu hanya wajib bagi mereka yang berbau busuk, dan sunat bagi orang lain.
Shaikh Salih al-Fauzan berkata:
.
Dalam masalah ini terdapat pendapat ketiga yang diriwayatkan oleh Ibn al-Qayyim. Ia merupakan satu bentuk perincian; sesiapa yang pada dirinya terdapat bau busuk yang perlu dihilangkan, maka wajib untuknya mandi, dan sesiapa yang dirinya tiada bau busuk, maka sunat untuknya mandi. Kemudian al-Imam Ibn al-Qayyim menyebutkan bahawa pendapat ketiga ini adalah milik ulama-ulama mazhab Hanbali, Al-Hafiz Ibn Hajar turut menunjukkan kecenderungan kepada pendapat ini, dan Ibn Taimiyyah turut memilih pendapat ketiga ini.
Bilakah dilakukan mandi Jumaat?
Bila-bila masa pada hari Jumaat.Ini merupakan pendapat mazhab Zahiri.
Shaikh al-Fauzan berkata:
: : ( ) .
Zahir perkataannya (mandi pada hari Jumaat( menunjukkan mandi itu disandarkan kepada hari. Ini merupakan pendapat golongan Zahiri. Mereka berpendapat bahawa waktu mandi itu merangkumi daripada terbitnya matahari sehinggalah tinggal sedikitnya cahaya matahari pada kadar tempoh yang cukup untuk menyempurnakan mandi sebelum terbenamnya matahari. Sesiapa yang mandi dalam tempoh waktu itu, telah mendapat keutamaan mandi itu dan telah menunaikan kewajipan.
Majoriti ulama berpendapat bahawa mandi itu adalahsebelum pergi mendirikan solat Jumaat.
Shaikh al-Fauzan berkata:
: : : : .
Majoriti ulama berpendapat: Sesungguhnya mandi itu disandarkan kepada solat dan bukannya hari kerana dalil-dalil yang jelas menunjukkan hal itu. Antaranya ialah hadis Ibn Umar yang menyebutkan: Apabila salah seorang daripada kamu mahu pergi mendirikan solat Jumaat, hendaklah dia mandi. Dalam riwayat Ibn Khuzaimah: Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat sama ada lelaki atau perempuan, hendaklah dia mandi. Sesiapa yang tidak hadir solat Jumaat, maka tidak perlu untuk dia mandi sama ada dia lelaki atau perempuan. Nas ini jelas menunjukkan bahawa mandi itu berkait dengan solat dan bukannya hari. Ini kerana ia disyariatkan untuk menjaga kebersihan dan membuang bau busuk yang tidak disukai, dan hal ini adalah berkaitan dengan solat, dan Jumaat pula dikhususkan dengan pensyariatan solat Jumaat yang tiada pada hari-hari yang lain.
.
Dalam hal ini, ulama mazhab Maliki mensyaratkan agar mandi ini bersambung dengan perjalanan ke solat Jumaat untuk merealisasikan hikmah pensyariatannya. Seandainya jauh tempoh masa antara mandi dan solat Jumaat, maka hendaklah orang itu mengulangi mandinya seandainya ia tidak memberatkan. Adapun majoriti ulama tidak mensyaratkan untuk bersambungnya antara mandi dan perjalanan ke solat Jumaat. Akan tetapi mereka menggalakkan agar melewatkan mandi sehingga hampir kepada waktu untuk pergi solat Jumaat untuk memenuhi objektif pensyariatannya.
[Ringkasan daripada Minhatul Allam, Syarh Bulughul Marah oleh Shaikh Saleh Fauzan al-Fauzan]
Sumber: penhijaudaun
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
from Cerita sensasi tatapan umum http://ift.tt/2dPqQMv
via IFTTT