Saya Bersyukur Diberi Kesembuhan Nazim Othman

8:47 AM 0 Comments A+ a-

2d9Jzkc

Pelakon, Nazim Othman, 32, luah rasa bersyukur kerana masih diberi peluang untuk sembuh.

Luahan Nazim yang baru dimuat naik di laman Instagram sejam yang lalu, mendapat perhatian netizen yang tidak putus-putus menerima komen dari peminatnya yang memberi kata-kata semangat. Malah ada yang mengatakan luahan Nazim itu sedikit sebanyak membuatkan mereka insaf.

“Tadi ada kawan wartawan beritahu, ada seorang hamba Allah telefon syarikat penerbitan akhbar untuk bertanya cara menghubungi saya. Berkenaan adiknya yang diuji tumor dalam kepala. Sama seperti kisah saya tahun lalu.

“Bezanya, adik dia tak berjaya sembuh, hilang ingatan khabarnya. Sayu hati ini mengenangkan kisah-kisah mereka yang tak berjaya kembali seperti sediakala. Semoga dirahmatiNya.

“Bagi mereka yang menghidap tumor dalam tubuh atau seperti saya dalam kepala, saya fahami akan kerisauan itu. Namun, ketika didatangkan ujian berat seperti ini, usah sesekali menyalahkan takdir atau mempersoalkan ketentuanNya. Dialah yang Maha Mengetahui segala sesuatu.

“Saya bersyukur diberi kesembuhan berkat doa bukan saja dari diri sendiri, tetapi dari mereka di luar sana. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih, Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Apa sekalipun yang berlaku, kita kena kuatkan semangat. Setiap ujian didatangkan kerana kita mampu untuk menanganinya,” katanya.

Sementara itu di Instagram Nazim, ramai peminat yang mempersoalkan, bagaimana Nazim menghilangkan parut di kepalanya. – The Reporter

SUKAKAN ARTIKEL INI? ~*SHARE*~
LAYARI citeheboh1.png
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Sumber: citeheboh

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih



from Cerita sensasi tatapan umum http://ift.tt/2ekA5n4
via IFTTT