Pasangan Kasari Penguatkuasa MBSA Mengaku Bersalah & Dipenjara 14 Hari

10:42 PM 0 Comments A+ a-

Lor Ka Hoo & Tan Sit Fun | Foto Berita Harian
SHAH ALAM - Pasangan suami isteri yang mengasari anggota penguatkuasa wanita Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ketika menjalankan tugas di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, semalam dijatuhkan hukuman penjara selama 14 hari, lapor Berita Harian

Majistret P Sarulatha menjatuhkan hukuman itu selepas pasangan suami isteri itu, Lor Ka Hoo, 35, dan Tan Sit Fun, 30, masing-masing mengaku bersalah mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam menjalankan tugasnya. 

Pasangan terbabit juga diperintah membayar denda sebanyak RM3,000 seorang dan jika gagal berbuat demikian, hukuman penjara tambahan selama 7 hari akan dikenakan. 

Gambar Tan Sit Fun dalam lokap tersebar di media sosial | Foto - Netizen
Bagaimanapun Sarulatha membenarkan hukuman itu ditangguhkan sehingga selesai rayuan dan pasangan terbabit dibebaskan dengan jaminan RM2,000 setiap seorang. - The Reporter

Artikel berkaitan:


from Srikandi http://ift.tt/2fuvSZu
via IFTTT

from Mrs Foreigner http://ift.tt/2fXWNkf
via IFTTT