Neelofa Terharu, Pasangan Tak Jadi Cerai Selepas Menonton Drama Suri Hati Mr Pilot

7:12 PM 0 Comments A+ a-


KUALA LUMPUR - Meremang bulu roma pelakon Neelofa apabila dimaklumkan rumah tangga sepasang suami isteri yang berantakan dapat diselamatkan impa daripada drama Suri Hati Mr Pilot, lapor Berita Harian

Neelofa tidak menyangka, fenomena drama itu mampu memulihkan hubungan yang sudah seperti retak menanti belah disebabkan pengaruh karekter Warda dan Ejaz. 

"Jujur saya terharu apabila dimaklumkan elemen positif yang dipaparkan mampu menyebarkan mesej kepada ramai. Saya fikir penonton sekadar minat, sebaliknya ia meninggalkan kesan mendalam termasuk terhadap pasangan yang berdepan dengan masalah rumah tangga seperti diceritakan kawan saya itu. 

"Kebetulan kawan saya mengenali pasangan berkenaan. Suami wanita itu ada berpesan mahu mendapatkan poster yang mempunyai tandatangan saya selepas isterinya bersalin kelak," katanya. 

Menurut Neelofa, pasangan berkenaan menghadapi masalah sejak awal tahun, namun masih tinggal sebumbung kerana zuriat di dalam kandungan si isteri. 

"Saya difahamkan, setiap malam mereka mengikuti turun naik hubungan Ejaz dan Warda dalam mengharungi kehidupan berumah tangga, namun akhirnya kebahagiaan melatari karekter berkenaan selepas masing-masing meninggalkan ego dan bertolak ansur. 

"Kawan saya beritahu, banyak babak yang ditonton menerusi drama itu terus membuatkan mereka mahu hidup bersama. Jelas drama ini sarat nilai sehingga mampu mencetuskan perubahan kepada mereka yang berada di alam realiti," katanya.

Sementara itu reaksi netizen di media sosial pula mendakwa kenyataan yang dikeluarkan itu syok sendiri dan sila meninggal. 

"Wah! Hebat betul cerita ini sampai mampu mengikat kembali rumah tangga pasangan bakal bercerai. Saya tak tahu nak terkesima, kagum ketawa atau pun urut dada," kata De Ikea.

"Bila orang tak pernah kahwin bagi statement. Susah kalau banyak berangan-angan dan berfantasi dengan drama. Semoga Neelofa diketemukan jodoh segera dan pada ketika itu dia akan berpijak di bumi yang nyata, barulah dia merasa," kata FunnyTone.

"Kalau boleh, pejabat agama sediakan pamplet kisah SHMP siap-siap sebagai contoh sambil buat marathon tayangan ulangan cerita itu, mungkin kes cerai menurun kan," kata Seperti Itu.


from Srikandi http://ift.tt/2fAB5Ae
via IFTTT

from Mrs Foreigner http://ift.tt/2fb62dA
via IFTTT