Wak Doyok Sahkan Putus Cinta Dengan Azrinaz Mazhar Hakim
Hubungan Wak Doyok dan bekas isteri sultan Brunei, Azrinaz Mazhar Hakim boleh dikatakan mencuri tumpuan ramai sehingga timbul gosip mengatakan mereka sudah mengikat tali pertunangan. Namun, semuanya menjadi persoalan apabila Wak Doyok semalam memuat naik status di Twitter yang seakan menunjukkan beliau sudah putus cinta.
Menerusi portal Harian Metro, Wak Doyok mengesahkan beliau dan Azrinaz sudah berpisah dan kini mereka membawa haluan masing-masing. Walaubagaimanapun, Wak Doyok menjelaskan mereka tidak pernah bertunang seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.
Saya berasa status yang dimuat naik di laman Twitter jelas menunjukkan situasi yang saya lalui kini. Butiran lanjut mengenai perkara itu tidak perlu saya perjelaskan.Cuma ingin dijelaskan, kami hanya putus cinta kerana tidak pernah bertunang seperti yang tersebar sebelum ini. Jadi saya menganggap tiada jodoh antara kami.
Wak Doyok pada masa yang sama berharap agar isu ini tidak dipanjangkan kerana ingin menjaga hati dan nama baik kedua belah pihak.
Sesiapa pun tidak mahu perkara sebegini berlaku, tetapi saya akur dengan ketentuan Allah.Apa yang saya harapkan daripada semua orang agar berhenti membuat sebarang spekulasi. Biarlah apa yang berlaku hanya kami saja yang mengetahuinya.
Wak Doyok juga telah memadam foto mereka berdua di akaun Instagram. Malah, Azrinaz juga nampaknya sudah “deactivate” akaun Instagramnya.
Meskipun mereka tampak cukup sesuai bersama tetapi jodoh Wak Doyok dan Azrinaz tidak panjang. Tidak mengapalah. Janganlah terlalu bersedih. Pasti ada perkara yang lebih baik diaturkan takdir untuk mereka berdua
Sumber: Harian Metro