Serpihan Pesawat Dijumpai Sah Milik MH370

10:32 PM 0 Comments A+ a-

1.jpg

Kuala Lumpur: Serpihan pesawat yang telah dijumpai oleh orang awam diPulau Mauritius pada Julai tahun lalu disahkan milik Malaysia Airlines MH370.

Perkara ini telah disahkan oleh Pakar Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) yang menjalankan siasatan serpihan-serpihan yang dijumpai ini.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, analisis ATSB terhadap serpihan itu mengesahkan beberapa perkara dengan persetujuan Pasukan Penyiasatan Keselamatan MH370.

Daripada nombor yang ditemui pada serpihan, bahagian itu dikenal pasti sebagai komponen belakang sebuah Boeing 777.

Rekod daripada pengilang kepak pesawat juga menunjukkan nombor terbabit dimasukkan ke dalam nombor talian 404 dan ia sepadan dengan Boeing 777,katanya dipetik laporanHarian Metro.

Menurut beliau, selepas meneliti fakta dan persamaan serpihan tersebut, pakar membuat kesimpulan bahawa serpihan asal itu adalah daripada pesawat 9M-MRO atau juga dikenali sebagai MH370.

Sebelum ini, Kementerian Pengangkutan mengumumkan 22 serpihan dipercayai pesawat Boeing 777-200ER itu ditemui di Afrika Selatan, Mozambique, Mauritius dan perairan Tanzania. –Siakapkeli.my

Sumber: penhijaudaun

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih



from Cerita sensasi tatapan umum http://ift.tt/2dMa1jl
via IFTTT