Sayu Sayang tak sangka itu ajakan yang terakhir abang kini abang sudah tiada Isteri

2:14 AM 0 Comments A+ a-

Hamidi%2BMohd.%2BNor%2B8.jpg

JOHOR BAHRU :Seorang lelaki tidak sempat menikmati makan malam di luar bersama ahli keluarganya apabila dia maut manakala isteri dan anak juga parah dalam kemalangan melibatkan dua kereta di Jalan Masai Lama, Masai.


Mengikut isterinya Suami ajak kami makan di luar, tetapi tak sangka kami terbabit dalam kemalangan hingga menyebabkan dia maut, luah isteri Hamidi Mohd Nor, 50, yang maut dalam kemalangan.


Miskiah Satar, 44 berkata, ketika kejadian dia dan suami serta empat anak mereka dan seorang anak saudara sedang dalam perjalanan ke kedai makan rakan suaminya di Plentong sebelum kereta jenis Toyota Avanza yang mereka naiki bertembung dengan sebuah kereta lain.

Hamidi%2B6.jpg

Hamidi%2B5.jpg

Hamidi%2BMohd.%2BNor%2B1.jpg

Hamidi%2BMohd.%2BNor%2B2.jpg

Hamidi%2BMohd.%2BNor%2B4.jpg

Hamidi%2BMohd.%2BNor.jpg

Hamidi%2B7.jpg

Suami sepatutnya keluar memancing dengan kawan-kawan hari ini (semalam), jadi dia mahu belanja kami makan di kedai rakannya malam tadi. Dia memang gemar memancing.


Saya tidak sangka malam tadi adalah kali terakhir kami keluar bersama. Kejadian berlaku sekelip mata hingga saya tidak sedarkan diri dan hanya sedar ketika sudah berada di hospital, katanya ketika ditemui di Hospital Sultan Ismail, semalam.


Dalam kejadian itu, Miskiah turut mengalami cedera parah di kepala manakala anak keduanya Mohd Hafiz Hamidi, 17, patah kaki dan anak keempatnya, Nurhaziqah Hamidi, 12, patah tangan kanan.


Dua lagi anaknya Mohd Nur Hakim Hamidi, 16, dan Muhammad Nur Haikal, 9, serta anak saudara Ain Maisarah Suhaimi, 12, cedera ringan manakala anak sulungnya berusia 18 tahun yang menyambung pengajian di Kuala Lumpur tiada di tempat kejadian.


Ibu kepada lima anak itu, mengakui masih trauma dengan kejadian itu dan sempat menatap wajah suaminya buat kali terakhir sebelum jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cahaya Masai sebelum solat Zohor, semalam.


Saya langsung tidak ingat bagaimana kejadian itu berlaku dan hanya tahu suami maut dalam kemalangan itu pada pagi ini.


Kami biasa menggunakan laluan itu tetapi tidak sangka kemalangan itu berlaku malah kereta itu juga sudah lama kami gunakan dan baru habis dibayar tahun ini, katanya.


Sumber: ceritagempakkomuniti

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih



from Cerita sensasi tatapan umum http://ift.tt/2dL744I
via IFTTT