Sayu Foto selfie hitam putih profail fb petanda ajal bersama

6:47 AM 0 Comments A+ a-

Zahepul%2BBahari%2BNasir%2B1.jpg

Bandar Seri Jempul : Isteri kepada anggota tentera yang maut dalam kemalangan petang tadi mengemaskini gambar profail fb ke ke foto selfie hitam putih pada 4 oktober lalu seseolah itu lah foto terakhir mereka berdua.

Rusnita Rusli turut maut bersama suami nya dalam kemalangan petang tadi,Zahepul Bahari Nasir yang merupakan peminat kereta dan ahli KelabGabungan Pemilik Wira Malaysia maut akibat kereta wira kesayangan nya terlibat kemalangan ngeri petang tadi.

Rusnita%2BRusli.jpg

Zahepul%2BBahari%2BNasir%2B2.jpg

Rusnita%2BRusli%2B1.jpg

Zahepul%2BBahari%2BNasir.jpg

%252CZahepul%2Bdan%2BRusnita.jpg

Mengikut akhbar Akhabr Berita HarianSeorang anggota tentera berpangkat koperal dan isterinya maut selepas kereta dinaiki terbabas serta terbalik di Jalan Besar FELDA Palong 4, di sini, petang tadi.

Zahepul Bahari Nasir, 33, dan Rusnita Rusli, 31, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan badan. Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor, berkata dalam kejadian jam 3.35 petang itu, pasangan terbabit dalam perjalanan dari Kem Terendak, Melaka menghala ke FELDA Palong 7, di sini.

“Siasatan awal mendapati kereta mangsa terbabas ke tepi jalan sebelum merempuh tebing bukit dan terbalik ketika memotong sebuah kereta lain.

“Kedua-dua mangsa yang tersepit dikeluarkan anggota bomba tidak lama selepas kejadian, namun didapati sudah meninggal dunia,” katanya di sini, hari ini. Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: ceritagempakkomuniti

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih



from Cerita sensasi tatapan umum http://ift.tt/2d4uBao
via IFTTT