saya cinta dengan faye kusairi lepas solat istikarah
Nampaknya bekas suami Elly Mazlein tampil membuat kenyataan dan bagi anda di luar sana, anda harus tahu, tindakan Azmi Mohd Hatta memilih untuk bercinta dengan Faye Kusairi adalah dengan izin Tuhan.
BACA: Saya Bukan Perampas, Marah Sangat Kenapa
Saya menjalinkan hubungan cinta yang serius selepas saya dikurniakan ilham dan Allah menampakkan wajah Faye Kusairi dalam solat istikharah. Demi Allah saya bercakap benar. Setelah beberapa kali pertemuan dengan Faye barulah saya beritahu mengenai gambaran solat istikharah itu, katanya kepada Astro Gempak.
Melalui sidang media yang diadakan di Taman Tasik Titiwangsa itu juga, Azmi turut membuat pengakuan bersumpah bahawa Faye Kusairi bukanlah punca penceraiannya malah melalui mStar Online, Azmi juga memberitahu bahawa dia turut ditumbuk, dipukul dan disepak terajang oleh bekas isterinya itu.
Manakala dalam kenyataan kepada BH Online, Azmi menjelaskan bahawa perpisahan mereka adalah disebabkan oleh sifat cemburu bekas isterinya itu sendiri.
Saya meminta semua pihak menghentikan provokasi yang boleh memudaratkan lagi isu ini. Kami berpisah disebabkan beberapa perkara dan faktor utama adalah kerana sikap cemburu Elly sendiri
Sudah tiba masanya saya membuka mulut setelah lama mendiamkan diri. Banyak pihak yang terpalit dengan kontroversi ini dan saya perlu bersuara untuk menegakkan keadilan. Maruah saya sebagai lelaki seperti diperkotak-katikkan dalam hal ini
Oleh itu, perpisahan menjadi jalan terbaik buat saya dan Elly, kata Azmi yang turut menyatakan bahawa keputusan untuk mereka berpisah juga adalah nasihat daripada bapa Elly sendiri.
Apa pun, Elly sebelum ini telah pun memaafkan bekas suaminya dan juga Faye. Diharapkan segala isu yang mampu mencetuskan semula persengketaan dapat dielakkan. (rtky/s)
Sumber: Rotikaya
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
from Cerita sensasi tatapan umum http://ift.tt/2eqtUui
via IFTTT