Rita rudaini lebih suka lelaki muda

8:02 PM 0 Comments A+ a-

5-Rita-Rudaini-Lebih-Suka-Lelaki-Muda-jp

Selepas gagal dalam perkahwinan bersama bekas suami muda, kini Rita Rudaini digosipkan pula dengan seorang pengacara hiburan yang umurnya juga 13 tahun lebih muda. Tegas menafikan dakwaan mengatakan dirinya suka dikelilingi lelaki muda, Rita menjelaskan bahawa kegagalan perkahwinan terdahulu tidak membuatnya serik untuk terus berkawan dengan lelaki muda.

BACA: Nak Bercinta, Kena Pandai Ambil Hati Anak Saya Dulu

Saya tidak pernah peduli dengan persepsi orang. Apapun tanggapan atau pandangan mereka, itu hak masing-masing. Hanya saya mengenali diri dengan lebih jelas. Berikutan selalu dikelilingi lelaki muda, orang luar mula melemparkan tuduhan sebegitu terhadap saya. Saya berkawan dengan sesiapa sahaja. Mereka datang dengan baik, saya sambut dengan baik

Selain Donna beberapa kawan saya yang lain juga lebih muda. Tidak semestinya berkawan dengan orang sebaya atau lebih tua menjanjikan kebahagiaan. Apa yang penting dalam persahabatan, hati yang jujur dan ikhlas kerana Allah. Sejak kembali solo saya tidak pernah lagi memikirkan soal jodoh. Bagi saya mudah jika tertulis ada, adalah jodoh itu

Mereka sudah lama menderita jadi apa yang dilakukan saya akan mengutamakan anak. Tidak dinafikan Donna mesra dengan anak saya, segan juga melihat caranya melayani mereka. Arjuna agak manja dengan Donna, mungkin dirinya tidak pernah merasai kasih sayang seorang bapa, katanya kepada Berita Harian Plus mengenai dakwaan dirinya yang sedang dilamun cinta.

jr_banner_mobile_300x250.jpg

Bagaimanapun, pada saat ini keutamaan beliau adalah masa depan anak-anaknya. Malah soal jodoh pula tidak terlalu difikirkan kerana hatinya hanya terbuka untuk berkawan sahaja. Katanya lagi, jika ditakdirkan berkahwin juga, lelaki itu haruslah menyanyangi anak-anaknya dengan sepenuh hati, tidak mengapa jika kasih sayang terhadap beliau diletakkan di tempat kedua. (rkty/w)



SUMBER
Berita Harian Plus

Sumber: Rotikaya

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih



from Cerita sensasi tatapan umum http://ift.tt/2dCjFDY
via IFTTT