Puasa Seorang Isteri

5:52 AM 0 Comments A+ a-

2dYdN7J

Oleh Saiful Nang

Isteri saya meminta keizinan untuk membeli kasut. Saya kata, okaylah. Bajet tak ada masalah sangat dan dia boleh memilih mana-mana kasut yang dia sukai. Dan dia bawa pulang kasut ini yang berharga RM9.90, pilihan dia sendiri walaupun saya tak menetapkan berapa bajet yang dia mahu belanja. Walaupun dia tidak bekerja sejak dua tahun, Alhamdulillah saya tidaklah sengkek, cuma boros sahaja. Jenama apa? Tidak popular langsung jenamanya.

Saya ada isteri yang belajar tinggi sampai Ph.D (dalam Chemical Engineering dari Cambridge UK), tetapi dia lebih selesa mengikut cara saya dari dulu sampai sekarang. Saya tetap happy dengan jeans bundle, selipar Amporlo RM12 sepasang (bukan jenama Itali kerana orang Itali pun tak tahu sandal apa tu) yang diejek staf-staf saya yang memakai Crocs original.

Kami pernah berjalan di Kota Paris bersama dengan persalinan tak sampai RM50 dan melalui butik Louis Vutton di Champ Elysess tanpa menjeling atau memandangnya.

Kami bukan orang branded walaupun kami mampu membelinya. Saya bersyukur ada isteri yang sanggup berpuasa kemahuan untuk mencukupkan keperluan orang lain. Kami hidup senang, cuma tidak mewah sahaja. Senang itu dalam hati, jadi senang hati.

Ramai orang sukar percaya, pada hari ini kami hidup di Lembah Klang dengan bajet belanja bulanan tidak sampai RM600 sebulan. Tiada hutang tetapi masih tinggal berbumbung dan masih berkereta dan masih berniaga.

Semasa saya bertemu dengan isteri saya di Cambridge University kira-kira 10 tahun yang lalu, dia seorang yang simple. Dia okay sahaja temankan saya makan nasi goreng bekal yang saya tapau dari Walthamstow ke Cambridge. Pada mata orang biasa, akan nampak saya orang yang sengkek pada ketika itu. Tetapi dia melihat saya dengan pandangan yang berbeza.

Saya cuma pernah kata, “Dari makan sampai 10 pound (RM70 ketika itu), baik saya jimatkan kerana ada lagi orang yang kurang makan perlu dibantu”.

Atau mungkin kerana itu, degree holder melamar Ph.D holder terus diterima tanpa bertangguh.

Ketika saya tanyakan dia, “Sudikah awak menikahi saya?” Dia langsung jawab, “Ya” tanpa jual mahal.

Saya dan 20 orang sahabat saya menubuhkan Rumah Pengasih Warga PRihatin pada tahun 2005 dan saya berjumpa Intan juga pada tahun yagn sama. Bukan senang anak orang senang nak hidup macam orang susah walaupun sebenarnya bukannya tidak mampu. Cuma berpuasa untuk diri sendiri agar dapat dijimatkan untuk memenuhi keperluan orang lain.

Saya dan isteri belajar satu perkara besar. Orang yang kaya itu dia berpuasa dan dengan puasa itu sebenarnya dia jadi kaya. Dan orang yang kaya itu, dia kecukupan maka dengan berpuasa kami kecukupan dan tidak berlebih-lebihan. Paling saya hargai, ini kali kelima isteri saya hamil dan dia sedikit pun tidak pernah mengeluh. Malah tidak pula merancang-rancang selain rancangan itu diserahkan seluruhnya kepada saya.

Mungkin ada lagi orang yang pakai sandal atau kasut lebih murah dari isteri saya tetapi saya bukan nak buat pertandingan kasut siapa lagi murah. Cuma pada status sosial dia sebagai seorang ‘Dr’ dan suaminya seorang usahawan pelbagai perniagaan. Bila diberi pilihan, “belilah mana-mana yang disukai” dan dia memilih untuk kasut berharga RM10 ini. Pada saya, dia telah berpuasa.

Sebab itu, sekalipun mampu, saya hanya cukup dan bersyukur dengan seorang isteri. Saya tidak yakin ada yang sanggup berkorban serupa yang ini.

Kita tidak perlukan duit yang banyak untuk rasa kaya. Kita cuma perlu puasakan kemahuan kita. The world is enough for everybody but not enough for one man greed”. – Saiful Nang

SUKAKAN ARTIKEL INI? ~*SHARE*~
LAYARI citeheboh1.png
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Sumber: citeheboh

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih



from Cerita sensasi tatapan umum http://ift.tt/2eMH1IY
via IFTTT