PANAS Luahan Jurusolek Gegar Vaganza 3 Yang Bengang Dengan Astro Isu Make Up Peserta Ini Rupanya Cerita Sebenar Yang Disembunyikan

6:32 AM 0 Comments A+ a-

Untitledhhh.png

SETELAH viralnya foto-foto peserta Gegar Vaganza 3 (GV3) yang disifatkan sebagai raw dan belum diedit di laman sosial, seorang jurusolek dikenali sebagai Syafieq Aimantampil memberi penjelasan.

Antara peserta yang menerima kritikan hebat daripada pelayar media sosial adalah penyanyi veteran Zur Eda yang digambarkan sebagai tidak kena dengan wajahnya malah menjadikan penyanyi itu kelihatan pelik dan tua.

Syafieq merupakan jurusolek yang bertanggung jawab menata rias wajah Zur Eda seperti yang dikehendaki oleh pihak penganjur. Namun tidak menyangka perkara seperti ini pula yang timbul.

Individu ini menerusi posting di Facebook peribadinya menjelaskan bahawa sesiphotoshoot peserta GV3 dibahagikan kepada dua kategori iaitu 1st Look dan 2nd Look.

Pada kategori 1st Look, peserta hanya dikenakan make up ringkas sahaja manakala pada 2nd Look pihak penganjur yang menetapkan konsep tatarias yang harus dikenakan dan ianya berbeza-beza bagi setiap peserta GV3.

Jom ikuti luahan Syafieq berkaitan kontroversi yang melanda peserta GV3 bagi mendapatkan penjelasan sebenar disebalik insiden yang berlaku.

cats-5.jpg

cats-5%2B-%2BCopy.jpg

Manakala ini pula foto yang diberikan oleh pihak penganjur kepadanya untuk dijadikan sebagai rujukan bagi menata rias wajah Zur Eda.

14729179_10154504999062332_6613053251320

Selain itu, Syafieq juga memuat naik foto hasil sentuhannya yang dirakam menggunakan telefon bimbit bersama foto yang viral dilaman sosial.

14716129_10154502890522332_7145748305523

Dari (kiri) foto Zur Eda yang viral, (tengah) gambar rujukan, (kanan) hasil sentuhan Syafieq.

Semoga pendedahan yang dilakukan oleh Syafieq dapat merungkai segala persoalan dan tuduhan tidak berasas netizen terhadap jurusolek yang terlibat dalam GV3. -MYNEWSHUB.CC

Sumber: mynewshub

Sumber asal: figuramalaya.net

Sumber: ohwhuuut

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih



from Cerita sensasi tatapan umum http://ift.tt/2dPpZYc
via IFTTT