Jika Tidak Mampu Bayar Doktor Takkan biarkan Pesakitnya Begitu Sahaja Doktor Mahyuddin
Oleh Doktor Mahyuddin Mohamed
TIDAK MAMPU BAYAR BIL HOSPITAL?
Hilang terus selera makan saya apabila membaca kenyataan dalam News Strait Times (NST) Online ini berkaitan dengan seorang pesakit yang mengalami kepatahan tangan dan tidak mampu membayar bil hospital. Saya wajib memberi komen kerana merasakan kenyataan ini akan menimbulkan salah faham dan fitnah terhadap hospital kerajaan.
Artikel berkaitan:
- 6 Bulan Biarkan Tangan Patah Rawatan Demi Menyara Keluarga
Seorang rakyat Malaysia, lelaki berusia 29 tahun telah kemalangan pada tahun 2013 dan mengalami kepatahan tangan kiri. Melihat pada keadaan tangan beliau, kepatahan yang berlaku kemungkinan besar adalah pada tulang radius sama ada di bahagian hujung (distal third) atau berhampiran permukaan (distal end radius). Pembedahan pertama (rod besi) telah gagal dan beliau ditawarkan pembedahan kali kedua. Kemungkinan besar kepatahan gagal bersambung (non union or malunion) atas sebab-sebab tertentu.
Bayaran yang dikatakan RM1,900 itu kemungkinan besar adalah bagi membeli implant (plate) khas yang dikenali sebagai locking plate yang amat sesuai digunakan bagi kes-kes kepatahan yang tertentu (contohnya yang gagal sembuh/bercantum seperti kes pesakit ini) kerana ia lebih kuat dan mengikut bentuk permukaan tulang berbanding implant (plate) biasa yang percuma. Locking plate ini perlu dibeli daripada syarikat pembekal.
Bagi rakyat Malaysia, bayaran di hopsital kerajaan hanyalah RM1 yang merangkumi bayaran pendaftaran masuk ke wad, siasatan darah, x-ray dan sebagainya. Bayaran tinggal di wad kelas 3 pula hanyalah RM3 sehari. Besi (implant/plate) stainless steel pula adalah percuma kerana telah dibeli oleh hospital dengan peruntukan kerajaan kita saban tahun.
Charge pembedahan pula antara RM50-RM200, bergantung kepada jenis pembedahan. Jika tidak mampu bayar sekali pun, kami boleh rujuk kepada Jabatan Kerja Sosial Perubatan (JKSP) bagi menyelesaikan bil, malah kebanyakan kes yang benar-benar tidak mampu, tidak perlu buat bayaran pun! Beruntungnya kita sebagai rakyat Malaysia!
Mengatakan bil hospital mahal adalah tidak tepat kerajan bayaran RM1,900 adalah bagi membeli besi khas. Jika tidak mampu bayar sekali pun, doktor tidak akan membiarkan mana-mana pesakitnya begitu sahaja. Kami akan pastikan ada jalan sehinggalah pesakit kami sembuh.
Kami berhadapan dengan situasi sebegini setiap hari di HOSHAS dan Alhamdulillah kami akan mencari jalan bagi menyelesaikannya. Saya yakin rakan-rakan saya di seluruh Malaysia pun sama.
Nasihat saya, jika anda rakyat Malaysia dan tidak mampu bayar, anda cuma perlu berbincang dengan doktor yang merawat. Terdapat pelbagai cara yang boleh diusahakan. Jika tidak dapat membayar locking plate ini, pasti ada cara lain yang boleh diusahakan.
Membiarkan tangan bengkok atau membiarkan patah tidak sembuh atau tidak datang temujanji bagi berbincang dengan doktor, bukanlah cara yang terbaik. Mengurut dengan bomoh tulang, usah terlintas langsung di fikiran anda ya. Kita sebagai doktor pula harus memudahkan dan mencari jalan agar kepatahan ini dapat disembuhkan.
Anda boleh baca artikel saya di www.mmgazette.com berkenaan kepatahan dan proses penyembuhannya. – Doktor Mahyuddin | The Reporter
SUKAKAN ARTIKEL INI? ~*SHARE*~
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Sumber: citeheboh
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
from Cerita sensasi tatapan umum http://ift.tt/2e9Uom6
via IFTTT