Ini Komen Bekas Bufti Berkenaan Pembentangan RUU Oleh TGHH Patutkah
Juanda Jaya, bekas mufti Perlis, risau usul PAS mencemarkan Islam sebab bawa perkara yang mengelirukan. Foto oleh Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 18 Okt Bekas mufti Perlis bimbang rang undang-undang (RUU) persendirian yang dibawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencemarkan nama Islam kerana banyak perkara mengelirukan.
Datuk Dr Juanda Jaya berkata ramai umat Islam tersalah faham dengan RUU yang cuba dibawa presiden PAS, dibimbangi mendatangkan pemikiran ekstrem dalam masyarakat.
Saya yakin ramai rakyat sudah salah faham dengan isu ini. Nampaknya usaha Hadi, saya bimbang ia lebih mencemarkan Islam sebab bawa perkara yang mengelirukan.
Akhirnya mengajak kepada pemikiran ekstrem dalam masyarakat. Kita tengok di mana-mana pun percambahan pemikiran ekstrem, penghujungnya mahu laksana hudud.
Potong tangan orang, potong kepala orang. Siapa tidak takut? Bersunat pun orang takut. Masuk Islam potong dekat bawah, keluar Islam potong dekat atas, katanya kepada ProjekMMO, Jumaat lalu.
Dewan Rakyat yang mula bersidang semalam dijangka akan membahaskan RUU persendirian PAS bagi memperkasakan mahkamah syariah.
RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016, yang sering didakwa membuka laluan untuk pelaksanaan hudud, dipertikaikan oleh wakil-wakil pembangkang dan Barisan Nasional.
Namun kerajaan dan PAS menafikan ia bertujuan membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu, sebaliknya ia hanya bertujuan memperkasakan mahkamah syariah.
Juanda, 44, bekata RUU yang dibawa Hadi umpama tetamu tidak diundang apabila tujuan dan kandungannya tidak dihebah kepada umum.
Kita pun tidak tahu apa tujuan tetamu itu datang. Dia pun tidak cakap hendak datang tetapi kerana kita menghormati tetamu, kita benarkan tetamu itu masuk rumah.
(Beliau) sudah bentang, tidak mahu bahas, kemudian ditangguhkan. Selama tempoh sebelum bahas, ada atau tidak penjelasan yang dibuat kepada orang ramai?
Setakat hantar rombongan, minta sokongan. Beritahulah hendak sokong apa? Ini minta orang beri cek kosong, mereka yang tentukan berapa jumlah wang, katanya.
Sumber: Themalaymailonline.com
SUKAKAN ARTIKEL INI? ~*SHARE*~
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Sumber: citeheboh
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
from Cerita sensasi tatapan umum http://ift.tt/2eh8jVk
via IFTTT