Halau Nyamuk menggunakan tanaman ini

6:32 PM 0 Comments A+ a-

mukk.jpg_1476450537.jpg

Kuala Lumpur: Tumbuh-tumbuhan seperti bunga tahi ayam, serai wangi, lidah buaya dan tongkat Ali boleh digunakan untuk menghalau nyamuk dalam usaha mencegah demam denggi dan jangkitan virus Zika.

Kementerian Kesihatan (KKM) juga menamakan lima tumbuhan lain yang turut mempunyai fungsi sama iaitu akar wangi, bunga selasih, ‘floramaster’, mahogani atau mambu dan jeremin.

“KKM menyarankan masyarakat dan Pihak Berkuasa Tempatan menggunakan kaedah lain untuk mencegah demam denggi dan jangkitan Zika sebagai tambahan kepada aktiviti kawalan sedia ada.

“Antaranya menggunakan beberapa tumbuhan yang berfungsi sebagai penghalau nyamuk yang boleh ditanam di kawasan perumahan,” kata KKM dalam kenyataan di Facebook.

Beberapa kajian oleh Zaridah et.al (2005) di Kepong, Ferreira et.al (2011) di London, Pattanayak et.al (2015) dan Satpute et.al (2015) di India mendapati tumbuhan itu juga boleh menghalau serangga lain.

Menurut KKM sepanjang minggu ke-40 tahun ini iaitu dari 2 hingga 8 Oktober lalu, 1,550 kes demam denggi dilaporkan, menurun 151 kes berbanding minggu ke-39 yang mencatatkan 1,701 kes.

Pada minggu ke-40 itu, empat kematian akibat demam denggi dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kematian 190 berbanding 261 kematian bagi tempoh sama tahun lalu.-sumber

Sumber: infolagi2uu

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih



from Cerita sensasi tatapan umum http://ift.tt/2e57wqq
via IFTTT