Dia Tidak Mahu Adiknya Ditipu dan Berkahwin Dengan Suami Orang Isteri Mangsa

8:02 AM 0 Comments A+ a-

2e9ozaS

TUMPAT – “Dia seorang anak dan abang yang sangat bertanggungjawab kepada keluarganya,” demikian kata isteri kepada Allahyarham Muhamad Shukri, Noriah Lah, 34, jururawat di Hospital Tumpat, lapor Harian Metro.

Menurut Noriah, dia hanya mengetahui kejadian yang menimpa suaminya jam 11.30 pagi selepas melihat mesej WhatsApp rakan, yang pada ketika itu sedang berkursus di Hospital.

“Saya rasa tidak sedap hati, terus segera menghubungi adik ipar untuk pengesahan,” katanya.

Menurut Noriah, suaminya sebelum ini pernah memaklumkan kepada Azlina bahawa teman lelakinya itu sudah beristeri selepas mendapat pengesahan dari Pejabat Agama Terengganu. Malangnya, Azlina tidak mempercayainya.

“Kerana itu, suami pergi ke rumah keluarga di Jeli pada jam 10.30 pagi semalam untuk mengambil ibu mertua dan Azlina. Mereka terus pergi ke Terengganu dan bermalam di sana,” katanya.

Allahyarham Muhamad Shukri merupakan anak kedua dari sembilan beradik, tidak mahu adiknya, Azlina, ditipu dan berkahwin dengan suami orang. Allahyarham sebelum itu pernah memuat naik status di akaun Facebook miliknya, Ayie Lc, yang mahu mencari isteri kepada teman lelaki adiknya itu pada 6 September lalu.

2eG0YkT

Allahyarham berbuat demikian kerana mahu menyelamatkan adiknya yang dikatakan ‘bingai’ itu dari berkahwin dengan suami orang. – The Reporter

SUKAKAN ARTIKEL INI? ~*SHARE*~
LAYARI citeheboh1.png
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Sumber: citeheboh

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih



from Cerita sensasi tatapan umum http://ift.tt/2dtaRjV
via IFTTT