Dapat Gelaran Dato Di Usia 19 Ramai Tak Puas Hati
SETIAP tahun, begitu ramairakyat Malaysia menerima darjah kebesaran yang dianugerahkan oleh Raja-Raja Melayu dan Ketua-Ketua Negeri sempena menyambut hari keputeraan masing- masing.
Bukannya mudahuntuk mendapat gelaran Dato atau Datuk ini, setiap daripadanya perlu melalui proses penilaian dari pihak istana dan kebiasaan, ia diberikan kepada individu-individu yang mempunyai jasa kepada negara ataupun kepada negeri.
Namun, gambar seorangpemuda yang dipercayai berusia 19 tahun menerima anugerah darjah kebesaran telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen di media sosial.
Menurut pemuat naik gambar, dia menyatakan pemuda berkenaan baruberusia setahun jagung namun telah menerima darjah kebesaran Dato.
Kes macam ini yang buat orang tersenyum bila jumpa orang bergelar Dato19 tahunapa sajalah jasanya agaknya ya?soalnya.
Pemuda berkenaan yang dilihat berada di ruang legar istana menggenakan pakaian seragam istiadat beserta jam tangan mewahRichard Mille.
Rata-rata netizen mempersoal kewajaran pangkat berkenaandiberikan kepada pemuda berusia 19 tahun itu yang turut disusuli dengan persoalanSultan mana bagi pangkat Dato ni?
Jika diikutkan, baru sahaja berlangsung dua hari lepas majlis menerima darjah kebesaranbersempenahari jadi Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob ke-78 diDewan Seri Negeri, Ayer Keroh.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada dia merupakan salah seorang daripada 923 penerima darjah di majlis tersebut.
Apa pun, dengan usia yang semua ituapa lah jasa yang dilakukansehingga mendapat gelaran tersebut.
Bukan hendak mempertikan keputusan istana namun bagi kami,gelaran Datuk atau Dato ini selayaknya diberikan buat individu yang berumur 35 tahun keatas.
Masih banyak lagi cara lain yang boleh kita iktiraf golongan ini. Biarlah mereka menjalani perti getir hidup ini dan kemudian sesudah menjangkau umur yang sewajarnya,bolehlah dikurniakan pangkat berkenaan.
Biarpun kami tidak mempunya kuasa, apa kata kerajaan menyemak semula polisi serta proses pemberian gelaran dan bintang-bintang kebesaran ini dan elok dibawa berbincang dengan Majlis Raja-Raja. MYNEWSHUB
Sumber: h2m9363
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
from Cerita sensasi tatapan umum http://ift.tt/2dtjhry
via IFTTT