Bas RapidKL Dijilat Api

5:32 AM 0 Comments A+ a-

2deuMQw
KUALA LUMPUR – Tujuh buah kenderaan, termasuk sebuah bas RapidKL terbakar dalam kejadian yang berlaku pada jam 3.50 petang tadi, lapor Harian Metro.
Dalam kejadian yang berlaku berhampiran pasar raya di Seksyen 5, Wangsa Maju, bas tersebut berhenti secara tiba-tiba selepas pemandunya terhidu bau asap sebelum meminta enam penumpangnya keluar.
Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.54 petang.
“Tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Keramat, Setapak dan Wangsa Maju dikerahkan ke lokasi kejadian.
2e7UPyY
2e7ULik
http://mediaterhebat.blogspot.com/2016/10/bas-rapidkl-dijilat-api.html
2e7SZOo
Gambar ehsan FB Orang Wangsa Maju
“Setibanya di lokasi, api sedang marak dan turut membakar enam buah kereta yang diletakkan di kawasan berhampiran,” katanya.
Pihak bomba berjaya memadamkan kebakaran itu sepenuhnya pada jam 4.28 petang dan pasukan forensik bomba sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian.
Sementara itu, Rapid Bus Sdn Bhd meminta enam pemilik kenderaan yang terbakar menghubungi pihaknya bagi tujuan tuntutan pampasan.
Rapid Bus juga memohon maaf di atas insiden tersebut yang telah menyebabkan gangguan lalulintas di sekitar lokasi. – The Reporter

SUKAKAN ARTIKEL INI? ~*SHARE*~
LAYARI citeheboh1.png
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Sumber: citeheboh
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih


from Cerita sensasi tatapan umum http://ift.tt/2d9sff8
via IFTTT