Awie sharifah ladyana selamat bergelar suami isteri

12:18 AM 0 Comments A+ a-

4-Awie-Sharifah-Ladyana-Selamat-Bergelar

Tahiah kami ucapkan kepada pelakon dan juga penyanyi rock Awie kerana telah selamat diijabkabul bersama pilihan hatinya, Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin yang berusia 29 tahun. Pasangan ini selamat bernikah kiri-kira jam 12.10 tengah hari tadi di lokasi yang dirahsiakan.

BACA: Awie, Bakal Isteri Diserang Penyakit Misteri Sebelum Nikah

Dia wanita yang bersederhana dalam segala hal serta pandai membawa diri. Paling penting, dia bukan saja menerima saya seadanya, malah menyayangi anak-anak saya tanpa syarat

jr_banner_mobile_300x250.jpg

Keikhlasan itu yang menambat hati saya untuk menyuntingnya sebagai suri hidup. Bagi saya, kebahagiaan ini bukan untuk saya seorang, sebaliknya kepada anak-anak saya yang perlukan belaian ibu, katanya dipetik daripada BH Online.

Sementara itu, majlis resepsi yang berkonsepkan tradisional Melayu akan diadakan di tepi pantai pada malam ini. Perkahwinan Awie pada kali ini juga merupakan kali ketiga buat penyanyi tersebut.

Forum-Ads-.jpg

Sebelum ini, Awie pernah mendirikan rumah tangga bersama Arni Nazira Anuar pada tahun 1998 (bertahan selama 8 tahun), kemudian menikahi Rozana Misbun pada tahun 2006 tetapi tidak tinggal sebumbung sejak tahun 2014. Apa pun, semoga perkahwinan Awie kali ini kekal bahagia hingga ke Jannah. (rtky/s)

Sumber & Gambar Ihsan: BH ONLINE


Sumber: Rotikaya

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih



from Cerita sensasi tatapan umum http://ift.tt/2dQg0zX
via IFTTT