Wahai Para Wanita, Mengapakah Anda Sukar Bertemu Jodoh?
“Hasnah, anak hang si Nurul tu bila nak kahwin. Umur dah masuk 30-an tu.”
“Siti, awak bila nak kahwin? Kawan sebaya awak anak dah berderet-deret.”
Mungkin itu antara kata-kata yang biasa kedengaran bagi mereka yang masih bujang. Lebih-lebih, apabila usianya sudah menjangkau 30-an.
Sudah pasti hal tersebut sedikit menggusarkan hatinya bahkan ada juga yang berasa rimas dengan persoalan yang sama setiap kali bertemu rakan, saudara mara atau sesiapa saja.
Mengapa ada wanita yang sukar mendapat jodoh? Berikut mungkin antara faktornya;
#1 – Tidak Fokus Dan Tiada Kesungguhan
Bagaimana mahu mendapat jodoh jika tidak bersungguh-sungguh? Mulut saja kata mahu jodoh, tetapi banyak alasan. Maksudnya, di sini fokus itu ada di tempat lain tapi bukan untuk mencari jodoh.
#2 – Belum Bersedia Untuk Bercinta
Bagaimana hendak berjodoh, jika diri sendiri belum bersedia untuk memiliki dan dimiliki serta berkasih sayang?
#3 – Kriteria Yang Sangat Ketat
Meletakkan kriteria calon suami yang terlampau ketat seperti selebriti dan sebagainya. Mahu yang sempurna dari hujung rambut hingga hujung kaki memang tidak akan bertemu.
#4 – Keladak Hati
Apabila hati kotor dan masih banyak kebencian dalam hati, maka rezeki jodoh juga akan turut menjauh.
#5 – Banyak Meminta Dari Memberi
Jika kita asyik meminta bantuan dari orang, terkadang tanpa sedar pintu rezeki kita tertutup. Jodoh juga merupakan salah satu pintu rezeki.
#6 – Ada Sifat-Sifat Negatif Dan Prejudis Yang Ketara
Mempunyai sifat negatif menyebabkan orang tertolak untuk mendekati kita.
#7 – Kurang Berdoa Dan Usaha Yang Sesuai
Seiringkan doa dengan usaha yang kita jalankan. Semoga dengan doa yang ikhlas itu, Allah SWT mempermudahkan diri anda untuk mendapat jodoh yang serasi.
#8 – Tiada Istiqamah Dalam Menjalinkan Hubungan
Jika sebelum kahwin pun kita sudah tunjukkan sikap tidak bertanggungjawab dalam menjaga hati dan perasaan pasangan, maka apakah yang akan terjadi selepas berkahwin kelak.
#9 – Terlampau Selesa Membujang
Menjadi trend bagi sesetengah orang yang berasakan lebih selesa hidup seorang sehingga tidak melihat keperluan untuk berumahtangga. Perlu diingat, berkahwin merupakan satu ibadah dengan niat kerana Allah s.w.t.
#10 – Tiada Keseimbangan Hidup
Kadang-kadang, akibat terlampau ‘tenggelam’ atau sibuk dengan urusan kerja dan diri sendiri sehinggakan tiada masa untuk bersosial atau mencari jodoh.
#11 – Tidak Ada Daya Penarik
Daya tarikan ini berpusat di hati. Caranya ialah dengan mengisi hati kita dengan sifat-sifat yang mahmudah dan positif.
Jika kita benci pada orang lain, secara tidak langsung orang yang sayang pada kita juga akan menjauh. Perlu memperbanyakkan istighfar, solat taubat, solat hajat, istikharah, dan sebagainya untuk membersihkan hati kita.
#12 – Doa Belum Termakbul
Jangan henti berdoa untuk mendapatkan jodoh. Allah s.w.t telah berfirman;
“Mintalah kepada-Ku nescaya Aku perkenankan…”
#13 – Tidak Mendapat Restu Kedua Ibu Bapa
Jodoh yang sukar ditemukan mungkin juga disebabkan belum mendapat restu dari kedua orang tua.
Jika sudah, mungkin belum sepenuhnya. Ini kerana mungkin orang tua masih enggan melepaskan anaknya. Maka dari itu, mintalah izin orang tua terutama kepada ibunya.
#14 – Faktor Metafizikal
Adakalanya, sukar bertemu jodoh juga disebabkan ada faktor-faktor metafizikal luar kawalan yang sukar hendak dijelaskan.
Jika hal seperti metafizikal tersebut terjadi, maka segera bentengi diri atau pulihkan diri dengan mendekatkan diri pada yang Maha Kuasa, minta pada-Nya agar segala yang tidak baik akan segera hilang dari dalam diri.
Kesimpulannya, setiap dari kita sama ada lelaki mahupun wanita sudah pun ditakdirkan pasangannya masing-masing di Luh Mahfuz sana. Cuma cepat atau lambat saja menjadi penentunya.
Pasti ada hikmah mengapa seseorang itu lambat bertemu jodohnya. Apapun, jangan berhenti berdoa dan meminta pada-Nya dengan bersungguh-sungguh.
Niatkan bahawa anda mahu mengikut sunnah Rasullah s.a.w dan ingin beroleh keredhaan Allah s.w.t dalam hidup. Insya-Allah, setiap doa pasti didengari-Nya. Wallahua’lam.
“Kata-kata itu suatu doa. Dan, doa itu adalah senjata mukmin.”
Sumber : tazkirah.net
via Bin Usrah
from Viral Semasa http://ift.tt/2pQLKOe
via IFTTT