Pukul anak tiri sampai mati kerana isteri enggan bantu bersihkan najis yang terkena pada badan
KALIMANTAN, INDONESIA - Tergamak seorang ibu bersubahat dengan suami yang juga bapa tiri kepada anak perempuannya, membunuh mangsa yang baru berusia 3 tahun, lapor Bontang Prokal.
Dalam kejadian jam 7 petang, 29 April lalu di Bontang, Fardi Sali, 20 bersama isterinya, Reni Candra Anita, 20, dan anak tirinya, Navita, 3, dalam perjalanan ke Kutai Barat dengan menaiki lori.
Ketika dalam perjalanan, suspek telah memberhentikan lorinya di Kota Bangun untuk berehat. Navita yang tidur di atas perutnya bagaimanapun terbuang air besar sehingga mengenai perutnya, lalu meminta isterinya membersihkan Navita dan perutnya. Malangnya Reni Anita hanya membersihkan anaknya dan enggan membersihkan perut suaminya.
Berang dengan insiden itu, suspek kemudian memukul kepala Navita sebanyak tiga kali dan terkena pada tengkuk menyebabkan mangsa pengsan.
Panik melihat mangsa tidak sedarkan diri, pasangan itu cuba membangunkan mangsa dengan menyiram air dan memberi minyak kayu putih di hidungnya, mangsa mangsa sedar semula dan mereka kembali meneruskan perjalanan.
Di perhentian yang kedua, mereka berhenti sekali lagi untuk berehat dan ketika itu mangsa terkencing pula di seluar bapa tirinya itu. Dan sekali lagi wanita itu enggan membersihkannya menyebabkan suspek marah dan keluar dari lori. Dalam keadaan marah-marah sambil membawa mangsa lalu dipukul dan dilempar ke lori sehingga melambung ke ata menyebabkan mangsa pengsan kali kedua.
Dalam perjalanan ke Samarinda, mereka mendapati mangsa sudah tidak bernyawa. Sampai saja di Samarinda pada waktu subuh, pasangan itu singgah di kedai untuk membeli kain kafan dan cangkul dan terus pergi ke Gunung Menangis. Mayat mangsa dibungkus dengan kain tersebut dan dikubur di tengah-tengah hutan.
Apabila tiba di Bontang, pasangan itu menceritakan kepada penjual bakso bahawa anak mereka sudah meninggal dunia kerana menjadi mangsa kemalangan langgar lari dan sudah dikebumikan.
Mendengar perkhabaran itu dan berasa curiga dengan cerita pasangan itu, penjual bakso berkenaan terus melaporkan perkara itu kepada ketua kampung sebelum mereka berdua diserahkan kepada pihak Polis Bontang Selatan untuk siasatan.
Setelah disiasat, si isteri mengaku dan menceritakan kejadian sebenar yang anaknya meninggal selepas dipukul suaminya.
1 Mei 2017, Isnin, berdasarkan maklumat dari Reni Anita, polis terus pergi ke lokasi mayat mangsa ditanam dan melakukan penggalian semula. Setelah digali, polis menemui mayat mangsa yang penuh dengan luka dan lebam di seluruh badan bermula dari kaki hingga ke muka.
"Matanya bengkak, tangan kanan patah, mulut mengeluarkan darah bercampur cecair. Sementara itu di tangan, badan dan kedua-dua lutunya mengalami bengkak sehingga berwarna biru," kata sumber polis.
Mayat mangsa telah dihantar ke hospital untuk dibedah siasat bagi memastikan punca sebenar kematian mangsa sama ada kerana dipukul atau dikubur dalam keadaan masih hidup.
Sementara itu, si isteri hanya terdiam dan tidak mampu berbuat apa-apa serta memberikan alasan dia takut kerana diancam suaminya yang juga meminta dia menceritakan kepada orang kononnya mangsa dilanggar lari.
Pada 2 Mei, Reni sempat memuat naik status memaklumkan anak perempuannya itu sudah meninggal dunia di Facebook. |
Ketika ditahan dan disiasat, Fardi langsung tidak menunjukkan raut wajah sedih atau menyesal dengan perbuatannya itu. Fardi mengaku dia tidak berniat membunuh anak tirinya itu tetapi kerana disebabkan cemburu dan isteri juga sering melawannya kerana anaknya, serta sering terbayangkan bapa kandungnya bilamana melihat Navita menyebabkan dia bertindak sedemikian.
Fardi Sali dan isterinya, Reni Candra Anita |
Fardi juga mengaku dia seringkali dipukul oleh bapanya ketika kecil dan kejadian itu membuatkan dia mengulangi perbuatan bapanya itu kepada anak tirinya.
Sebelum Navita meninggal, Fardi berkata dia kerap bermimpi Navita akan meninggalkannya dengan mengucapkan selamat tinggal. - The Reporter
from Viral Semasa http://ift.tt/2qHqoRS
via IFTTT
from Mrs Foreigner http://ift.tt/2pN5Siu
via IFTTT