Kesusahan, Keletihan, Kesedihan dan Kesakitan Menghapuskan Dosa

11:57 AM 0 Comments A+ a-


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا يُصِيبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلَا وَصَبٍ وَلَا هَمٍّ وَلَا حُزْنٍ وَلَا أَذًى وَلَا غَمٍّ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا إِلَّا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ

Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW baginda bersabda: "Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan keletihan, kehawatiran dan kesedihan, dan tidak juga gangguan dan kesusahan bahkan duri yang melukainya melainkan Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya." (HR Bukhari No: 5210)

Pengajaran:

1. Setiap yang dihadapi oleh seseorang, sama ada berupa kesenangan mahupun kesusahan adalah ujian untuk melihat siapakah yang lebih baik amalannya di sisi Allah.

2. Setiap muslim yang bersabar dan redha apabila diuji dengan penyakit dan keletihan, perasan bimbang dan kesedihan, gangguan mahupun kesusahan, Allah akan menggantikan dengan keampunan terhadap dosa-dosanya.

3. Dosanya terampun walaupun kesakitan itu hanya akibat duri yang mencucuk atau melukakan anggota tubuh seseorang.

Marilah kita menghadapi kesusahan, kepayahan, kesedihan mahupun kesakitan dengan bersabar dan reda. Moga Allah menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik.

via Bin Usrah

from Viral Semasa http://ift.tt/2pd3Ebr
via IFTTT

from Mrs Foreigner http://ift.tt/2pdoIhX
via IFTTT