Saya Ditegur Tak Hormat Islam Kerana Bantu Orang Pakai Seluar Pendek Kuan

7:02 PM 0 Comments A+ a-

2eDhMKe

PUCHONG – “Saya ditegur tak hormat Islam kerana bantu orang pakai seluar pendek. Saya mohon maaf,” demikian kata Kuan Chee Heng, hari ini.

Aktivis sosial itu meluahkan rasa terkilannya dituduh tidak hormat Islam hanya kerana memakai seluar pendek ketika masuk ke rumah orang Islam.

“Saya kecewa dan terkilan kerana saya ditegur memakai seluar pendek dan dituduh tidak menghormati Islam ketika masuk ke rumah orang Islam. Ikutkan hati, mahu saja melepaskan mereka semua. Tetapi saya rasa walaupun saya bukan Islam dan pakai seluar pendek, saya mungkin kafir dan mungkin murtad, tetapi saya rasa saya terpanggil untuk membantu mereka kerana Allah mempertemukan saya dengan mereka yang memerlukan bantuan,” katanya.

Bagi Kuan, hanya orang yang pernah dibantunya selama ini tahu bagaimana dirinya begitu menghormati mereka.

Menurut Kuan, pergerakannya terhad dan terasa rimas jika dia memakai seluar panjang lebih-lebih lagi bila dia perlu mengangkat kampit beras berkilo-kilo, barang keperluan yang banyak untuk disumbangkan kepada golongan susah ini.

Kalau saya pakai seluar panjang, ia akan membuatkan saya rimas dan menghadkan pergerakan saya. Saya akan jadi kurang berupaya membantu lebih ramai orang yang memerlukan bantuan.

“Janganlah kerana seluar panjang, yang miskin tetap miskin dan yang lapar tetap lapar. Inilah perangai masyarakat kita yang suka mencari kesalahan orang,” katanya.

Malah bagi Kuan, adanya golongan manusia yang suka mengkritik dan mengutuk ini menjadikan dia lebih bersemangat untuk membantu lebih ramai orang Islam berbanding.

“Golongan yang suka mengutuk dan mengkritik ini sebenarnya tidak membantu golongan orang susah tetapi mereka membantu menaikkan lagi semangat saya,” katanya.

2eg1TXe
Detik yang sungguh indah. Saya tak boleh beri banyak sumbangan tetapi saya berjanji dalam hati yang saya akan membawa adik ini bersiar-siar menaiki LRT. Saya gembira sangat apabila saya melihat Azizah meloncat-loncat gembira apabila habis perjalanan tadi. Ia sungguh menyentuh hati saya – Kuan
2eDm0Bp
Ini pakaian rasmi untuk bantu orang. Saya kena pakai pakaian seperti in tolong orang lain kali. Kalau ada kemalangan di tengah jalan, saya pun mesti balik pakai macam ini, barulah boleh tolong orang. – Kuan

Justeru, Kuan menyeru golongan berkenaan tidak hanya pandai bercakap sahaja. Tetapi turut turun padang memakai seluar panjang bersama dengannya membantu golongan orang susah.

“Saya harap Allah akan membuka hati kamu sebagai seorang Islam untuk memandang lebih mendalam dan memahami Islam yang sebenar. Mungkin satu hari kamu akan mendapat hidayah yang sebenarnya wahai sahabatku,” kata Kuan kepada mereka yang gemar mencari kesalahannya.- The Reporter

SUKAKAN ARTIKEL INI? ~*SHARE*~
LAYARI citeheboh1.png
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Sumber: citeheboh

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih



from Cerita sensasi tatapan umum http://ift.tt/2espQK3
via IFTTT