Kau Pasang Je Nanti Mak Aku Bayor Berang Bekalan Air Dipotong Lelaki Cangkul Kakitangan SAJ

7:47 PM 0 Comments A+ a-

2dyVgPM

KULAI – Video rakaman dua lelaki mengasari dan mencederakan dua kakitangan Syarikat Air Johor (SAJ), viral di media sosial, semalam.

Dalam kejadian di Kampung Melayu Kulai itu, dua kakitangan SAJ berkenaan telah memotong bekalan air ke rumah penghuni rumah tersebut selepas mereka gagal melunaskan bayaran bil air yang tertunggak selama tiga bulan.

Pada awalnya, seorang lelaki berusia berbaju putih dipercayai cuba berbincang dengan dua kakitangan SAJ berkenaan. Namun tiba-tiba mereka dihampiri oleh seorang lelaki muda yang tidak berbaju memaki hamun mereka dan meminta bekalan air disambung semula.

Tidak lama selepas itu, datang seorang lelaki usia pertengahan mendesak mereka menyambung bekalan air. Namun kakitangan terbabit tidak dapat berbuat demikian kerana arahan telah diberikan.

“Kau pasang je, mak aku pergi bayar,” lelaki usia pertengahan itu.

Berang dengan keengganan kakitangan terbabit, dua lelaki berkenaan bertindak menumbuk dan menerajang kakitangan SAJ itu. Lelaki berbaju putih itu bagaimanapun cuba menghalang mereka berdua, namun tidak diendahkan.

Belum berakhir di situ, salah seorang mengambil cangkul dan mengugut mahu mencederakan mangsa.

Video yang dimuat naik oleh Kapten Ben itu telah 926,000 kali di laman Facebook. Malah, gambar lelaki yang memegang cangkul itu kini menjadi bahan troll di media sosial.

2eqTKwN

2eqTM7T

2eqTqOR

2eqV8Q8

2eqXrCA

2eqVare

2eqWevh

Difahamkan, kakitangan SAJ sebelum ini pernah cuba memotong bekalan air mereka sebanyak tiga kali. Namun gagal berbuat demikian. – The Reporter

SUKAKAN ARTIKEL INI? ~*SHARE*~
LAYARI citeheboh1.png
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Sumber: citeheboh

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih



from Cerita sensasi tatapan umum http://ift.tt/2dMYHjw
via IFTTT