Ini Faktor Supaya Terpilih Dalam Pelantikan Yang diPertuan Agong Yang Baru

7:18 AM 0 Comments A+ a-

2e7gUIC



KUALA LUMPUR 11 Okt. – Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-243 (Khas) yang akan bersidang pada Jumaat ini, diadakan bagi memilih Yang di-Pertuan Agong baharu.

Sebelum mesyuarat khas itu dijalankan, terlebih dahulu diadakan Mesyuarat Pra-Majlis sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-242 hari ini diikuti mesyuarat rasmi pada esok dan Khamis.

Ketika ini jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-14 disandang oleh Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah berkuat kuasa 13 Disember 2011 dan tempoh perkhidmatan Seri Paduka akan berakhir 12 Disember ini.

Berdasarkan sistem penggiliran yang telah ditetapkan Majlis Raja-Raja, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berada pada giliran sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.

Walau bagaimanapun jika Sultan Muhammad V menolak pemilihan tersebut, mengikutkan sistem penggiliran, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah akan dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-15.

Selain itu, terdapat beberapa faktor yang akan dipertimbangkan oleh Majlis Raja-Raja melalui undi rahsia bagi menentukan pengganti seterusnya seperti baginda yang dilantik berkenan untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong; tidak mengalami kelemahan atau ketidakupayaan mental; merupakan raja yang berada di kedudukan teratas; mendapat sokongan sekurang-kurangnya lima raja lain dan bukan seseorang yang telah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong selama dua penggal berturut-turut.

Mengikut kebiasaan sebelum proses pemilihan berlangsung, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja terlebih dahulu akan menanyakan raja yang seterusnya dalam senarai giliran mengenai kesediaannya untuk dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Sembilan raja berkenaan kemudian akan membuat undi rahsia dan sekiranya raja dalam senarai itu mendapat lima undian, baginda dengan rasminya dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong seterusnya.

Proses yang sama diulangi untuk memilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong, yang akan memangku jawatan Yang di-Pertuan Agong semasa ketiadaannya dalam negara atau kerana keuzuran.

Sumber: Utusan Malaysia

SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!
LAYARI citeheboh1.png
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Sumber: citeheboh

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih



from Cerita sensasi tatapan umum http://ift.tt/2e5BE8G
via IFTTT