Identiti Individu Ditendang Geng Baju Merah Adalah Anggota Polis Ini Jawapan Polis

1:11 AM 0 Comments A+ a-

2e2cvM0



SHAH ALAM – Dakwaan yang mengatakan bahawa seorang peserta konvoi Bersih 5 yang ditendang oleh ahli Baju Merah baru-baru ini merupakan anggota polis adalah tidak benar.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat menafikan perkara tersebut malah beliau memaklumkan bahawa lelaki terbabit merupakan seorang penjaga stor di sebuah agensi kerajaan.

Siasatan masih dijalankan buat masa ini, katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Sebelum ini, beberapa laman sosial dan portal mendakwa bahawa lelaki yang ditendang kumpulan baju merah dalam siri konvoi Bersih 5 baru-baru ini merupakan seorang anggota polis.

Difahamkan, lelaki berkenaan yang menunggang sebuah motosikal berkuasa tinggi telah diserang dan ditendang oleh kumpulan baju merah ketika konvoi berkenaan yang berlangsung Sabak Bernam.

Dalam pada itu, Abdul Samah memaklumkan bahawa bagi kes tersebut, pihaknya telah membuka siasatan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merusuh dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

sumber

SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!
LAYARI citeheboh1.png
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Sumber: citeheboh

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih



from Cerita sensasi tatapan umum http://ift.tt/2dRkYOm
via IFTTT